Sunday, September 26, 2010

TRIAL KEDAH : JAWAPAN SOALAN 3-8

JAWAPAN SOALAN 3 HINGGA 8

3 (a) Proses pemiagaan membuat keropok ikan melibatkan tiga peringkat, iaitu

(i)membangunkan keluaran,

(ii)menguruskan permintaan, dan

(iii)memenuhi pesanan.

Dengan menggunakan contoh perniagaan di atas, terangkan setiap peringkat tersebut. [ 9 ]

Jawapan:

(i) Membangunkan keluaran

- Membangunkan keluaran merupakan tindakan untuk mengenal pasti jenis-jenis keluaran

yang hendak dikeluarkan oleh pengeluar supaya dapat memberi kepuasan kepada pengguna.

[ huraian = 1m ]

- Pengeluar boleh membuat inovasi ke atas keluaran sedia ada supaya mutu dan fungsi keluaran dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. [ huraian =1m ]

- Selain itu, pengeluar yang kreatif boleh menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan satu keluaran baru supaya dapat memenuhi kekosongan keperluan pengguna. [ huraian = 1m ]

Mana-mana 2 di atas sahaja

- Sebagai contohnya. Proton mengeluarkan kereta Proton Gen-2 setelah mengkaji keperluan pengguna terhadap versi kereta tersebut. [ contoh = 1m ]

[ 2 huraian + 1 contoh = 3 m ]

ii. Menguruskan permintaan

- Mengurus permintaan ialah satu aktiviti yang dilakukan oleh pemiagaan untuk menarik minat bakal pembeli untuk mencuba dan membeli sesuatu keluaran

- Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah m.mbuat promosi, pengiklanan jualan dan pembungkusan yang menarik.

Mana-mana 2 di atas sahaja

- Sebagai contohnya, pemasar membuat pelancaran jualan secara besar-besaran dan menenma pesanan terlebih dahulu. Pengguna yang memesan mengikut giliran yang ditetapkan akan menerima pengurangan harga keluaran yang dibeli

[ 2 huraian + 1 contoh = 3 m ]

iii. Memenuhi pesanan

- Memenuhi pesanan adalah peringkat pemasar memastikan pembeli mendapat barangan sebagaimana yang telah dijanjikan oleh jurujual pada masa dan lokasi yang ditentukan.

- Bagi memastikan pesanan dipenuhi secara lancar. aktiviti pemiagaan, iaitu menyimpan, mcmasang, dan menyediakan aktiviti perkhidmatan selepas jualan perlu dijalankan.

- Dengan itu, peringkat ini melibatkan aktiviti pergudangan, agihan, dan khidmat selepas jualan yang dijalankan oleh penmcit.

Mana-mana 2 di atas sahaja

- Sebagai contohnya, keluaran yang dijanjikan tidak memberi mutu yang ditetapkan ikan digantikan dengan barangan barn sebagai jaminan kepada pengguna yang membeli barangan tersebut.

[ 2 huraian + 1 contoh = 3 m ]

3 (b) Huraikan perkaitan antara peranan sektor swasta, sektor awam, dan badan-badan berkanun dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara. [ 7 ]

Jawapan:-

Perkaitan antara peranan sektor swasta, sektor awam, dan badan-badan berkanun dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara;

(i) Peranan sektor swasta:

- Merupakan organisasi yang akan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pengguna untuk memenuhi keperluan seharian. [ 1m ]

- Dalam menjalankan aktiviti pemiagaan, sektor swasta memerlukan sumber tenaga manusia untuk memenuhi jawatan dalam organisasinya. Maka sektor swasta menawarkan peluang pekerjaan kepada negara.

- Keuntungan yang diperoleh oleh pemiagaan akan dikenakan cukai keuntungan.

- Cukai ini adalah sumber pendapatan utama negara bagi menjalankan aktiviti pembangunan ekonomi negara.

Maksimum 2 m

(ii) Peranan sektor awam:

- Kerajaan bertanggungjawab menyediakan kemudahan awam kepada masyarakat. Barang awam ini tidak akan dikeluarkan oleh sektor swasta kerana sektor swasta bermotifkan keuntungan.

- Sebagai pihak berkuasa, kerajaan menjadi penyokong kepada sektor swasta untuk mengeluarkan barangan melalui pengurangan cukai dan galakan yang lain.

- Kerajaan bertanggungjawab mengeluarkan lesen dan permit kepada pemiagaan supaya pemiagaan dijalankan secara sah dan tidak bercanggah dengan kepentingan ekonomi negara.

Maksimum 2 m

(iii) Peranan badan-badan berkanun:

- Badan berkanun melalui agensinya mewakili kerajaan melakukan kerja-kerja kawal selia

bagi sebarang aktiviti sektor swasta, supaya mereka mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

- Peranan yang dimainkan oleh badan berkanun membolehkan kewibawaan sektor swasta dapat dipelihara sebagai satu organisasi yang diperlukan oleh masyarakat dalam keperluan ekonomi. Sebagai contohnya, peniaga tidak sewenang- wenangnya menaikkan harga barang.

- Badan berkanun dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kursus dan latihan kepada pekerja bagi melahirkan tenaga pekerja yang terlatih. Tenaga pekerja yang terlatih dapat mengeluarkan keluaran berkualiti dan meningkatkan daya pengeluaran.

Maksimum 3 m

3 (c) Terangkan empat persekitaran umum dan bincangkan bagaimana setiap persekitaran tersebut mempengaruhi prestasi pemiagaan. [12]

Jawapan:

Empat persekitaran umum yang mempengaruhi prestasi pemiagaan:

i. Ekonomi [ Fakta : ½ m ]

- Persekitaran ekonomi merujuk kepada situasi ekonomi di dalam dan di luar negara.

[ Maksud : ½ m ]

Perbincangan : [ mana-mana 2 huraian di bawah 2 m ]

- Keadaan ekonomi yang melambung dan meleset akan membawa kesan kepada dunia perniagaan. [ 1m ]

- Peranan bank pusat menentukan polisi tentang penawaran wang boleh mempengaruhi perkembangan perniagaan. [ 1m ]

- Penawaran wang bertambah menyebabkan permintaan akan meningkat dan pemiagaan turut berkembang.[ 1m ]

- Kitaran ekonomi mewujudkan kitaran pemiagaan seperti kitaran pertumbuhan, kemerosotan, kemelesetan, dan kemewahan. [ 1m ]

[ Fakta : ½ m + Maksud : ½ m + 2 perbincangan = 3 m ]

ii. Teknologi [ Fakta : ½ m ]

- Teknologi merupakan cara baru dalam melakukan sesuatu kerja. [ Maksud : ½ m ]/

- Teknologi sering dikaitkan dengan ciptaan kaedah baru melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D). [ Maksud : ½ m ]

Perbincangan : [ mana-mana 2 huraian di bawah 2 m ]

- Peningkatan teknologi membantu meningkatkan produktiviti, menjimatkan masa pengeluaran, dan membantu mengurangkan kos perniagaan. [ 1m ]

- Pemiagaan harus peka terhadap perubahan teknologi yang berlaku dan menggunakan teknologi yang dapat membantu meningkatkan prestasi pemiagaan mereka.[ 1m ]

- Penggunaan teknologi yang canggih dapat meningkatkan kemampuan bersaing sesebuah perniagaan melalui kelebihan-kelebihan yang diperoleh. [ 1m ]

iii. Fizikal [ Fakta : ½ m ]

- Fizikal merujuk kepada kekayaan sumber semulajadi sesebuah negara, terutamanya bahan mentah. . [ Maksud : ½ m ]

Perbincangan : [ mana-mana 2 huraian di bawah 2 m ]

- Kekayaan sesebuah negara dapat digunakan untuk membangunkan aktiviti pemiagaan.

- Sebagai contohnya, Malaysia mempunyai sumber yang banyak seperti petroleum, getah, dan kelapa sawit.

- Sumber-sumber ini bukan hanya dapat dieksport dan menyalurkan pendapatan dari luar negara, malah juga membantu melahirkan lebih banyak industri sekunder dan mengeluarkan barang-barang pengganti import.

- Sumber fizikal yang banyak juga membolehkan kerajaan menjadikannya sebagai daya tarikan untuk mempelawa pelabur asing melabur di dalam negara.

iv. Persaingan dan jaringan [ Fakta : ½ m ]

- Persekitaran persaingan dan jaringan boleh wujud dalam sesuatu industri apabila sesebuah pemiagaan menjalankan pemiagaan. . [ Maksud : ½ m ]

Perbincangan : [ mana-mana 2 huraian di bawah 2 m ]

- Persaingan yang berlaku dalam sesebuah pemiagaan termasuklah persaingan pasaran, pesaing, persaingan harga, dan persaingan antarabangsa.

- Sebagai contohnya, persaingan pasaran terbahagi kepada persaingan sempuma, monopoli, oligopoli, dan monopolistik.

- Dalam pasaran persaingan sempuma, firma pemiagaan tidak bebas meletakkan harga tetapi menerima harga yang ditentukan oleh pasaran.

- Jaringan pemiagaan yang baik seperti pemasaran yang luas akan memberi kelebihan kepada firma berbanding dengan pesaing lain dalam industri.

v. Politik dan perundangan

- berkaitan dengan politik dan polisi awam,dasar,peraturan dan kawalan kerajaan,sokongan atau galakan kerajaan

- pusat hiburan,kedai minuman dan sebaginya

- kestabilan politik ( keamanan,peraturan ) akan mewujudkan suasanan yang baik untuk perniagaan berkembang maju

- jika berlaku huru-hara,prestasi perniagaan terjejas

vi. Sosialbudaya

- perubahan aktiviti sosial umpamanya seperti pakaian permakanan,hiburan akan menyebabkan perniagaan perlu mengubah atau menyesuaikan barang dan perkhidmatan mengikut kehendak masyarakat.

- ini akan meningkatkan prestasi perniagaan

- contoh keperluan orang melayu berbeza dengan orang cina.

4 (a)Bezakan konsep pemusatan autoriti dengan pemencaran autoriti dalam pengurusan organisasi serta berikan contoh yang sesuai [ 4 ]

Perbezaan antara konsep pemusatan autoriti dengan pemencaran autoriti dalam pengurusan organisasi:

Aspek

Pemusatan Autoriti

Pemencaran Autoriti

Kawalan

Dikawal oleh segolongan kecil peringkat atasan. [ ½ m ]

Diturunkan kepada peringkat pengurusan bawahan dan bilangan autoritinya lebih ramai. [ ½ m ]

Penugasan

- Pembuatan keputusan terbatas.- - Kurang penyertaan dalam proses membuat keputusan. [ ½ m ]

- Banyak penugasan yang berlaku.

- Penyertaan pihak bawahan dalam proses membuat keputusan adalah besar. [ ½ m ]

Hasil keputusan yang diperoleh

Lebih seragam kerana hanya beberapa pihak yang membuat keputusan. [ ½ m ]

Pelbagai kerana melibatkan banyak pihak yang membuat keputusan. [ ½ m ]

Contoh

Pengurus kewangan membuat keputusan sendiri tentang sumber dan penggunaan dana. [ ½ m ]

Dalam jabatan sumber manusia, terdapat banyak pihak yang membuat keputusan mengikut bidang kuasa masing-masing.[½ m ]

(b)Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pemusatan autoriti dan pemencaran autoriti. [ 5 ]

Jawapan:

Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pemusatan dan pemencaran autoriti:

i. Beban tugas pengurus-pengurus. Sekiranya beban pengurus adalah banyak,

pemencaran kuasa boleh dilakukan. [ 1m ]

ii.Kepentingan keputusan. Pembuatan keputusan-keputusan yang sangat penting perlu dilakukan melalui pemusatan kuasa. [ 1m ]

iii. Kepantasan keputusan. Keputusan boleh dibuat dengan cepat sekiranya pemencaran kuasa dilakukan. [ 1m ]

iv. Faktor kerahsiaan. Perkara-perkara yang rahsia dan sulit mestilah dipusatkan kepada seseorang. [ 1m ]

v. Kemampuan dan kebolehan pekerja-pekerja. Sekiranya pekerja-pekerja dianggap berkemahiran tentang kerja yang dilakukan, kuasa boleh diagihkan kepada mereka. [ 1m ]

(c)Jelaskan : [16]

(i)Empat kelebihan pemusatan autoriti dalam proses membuat keputusan.

1. Pemusatan kuasa membolehkan pengurusan atasan bertindak sebagai satu pasukan kerana semua perlu mengikut arahannya, dan persaingan antara staf jabatan dengan jabatan lain tidak wujud [ 1m ]

2. Oleh sebab segala persetujuan perlu diperoleh daripada seseorang, maka beliau akan sedar tentang segala aktiviti yang sedang berlaku dalam organisasi. [ 1m ]

3.Dengan pemusatan kuasa, pengurusan atasan dapat meminta semua staf lain bekerjasama sesama mereka. Ini memudahkan pembuat keputusan mengkordinasi sesuatu perkara yang perlu dilaksanakan. [ 1m ]

4. Pemusatan kuasa juga memudahkan pembuat keputusan melakukan kawalan, kerana semua staf perlu melakukan tugas mengikut arahan yang diberikannya. Jadi, pembuat keputusan mengetahui kerja-kerja yang perlu dilaksanakan dan standard yang perlu dicapai. [ 1m ]

Maksimum 8 markah

(ii)Empat kelemahan pemusatan autoriti dalam proses membuat keputusan.

1.Pembuatan keputusan mungkinmenghadapi beban yang terlalu banyak, kerana terdapat pelbagai jeniskeputusan yang perlu dibuat pada setiap hari dalam pemiagaan. [ 1m ]

2.Proses membuat keputusan akan menjadi perlahan kerana ia tertumpu kepada seorang sahaja. Ini akan menyebabkan operasi harian menjadi tidak lancar kerana perlu bergantung pada keputusan yang dibuat lambat. [ 1m ]

3. Motivasi pekerja akan merosot kerana mereka tidak dibenarkan terlibat dalam pembuatan keputusan dan hanya perlu menerima arahan daripada orang lain. Para pekerja mungkin merasa kurang bebas kerana perlu bergantung pada seorang sahaja[ 1m ]

4. Kaedah membuat keputusan ini akan menyebabkan para pekerja tidak terlatih dalam proses membuat keputusan. Ini akan membawa masalah apabila mereka perlu menjawat jawatan yang lebih tinggi, kerana mereka akan bergantung pada orang lain[ 1m ]

Maksimum 8 markah

5 (a) Bandingkan pemimpin formal dengan pemimpin tidak formal. [10]

Jawapan:

Perbandingan antara pemimpin formal dengan pemimpin tidak formal:

Aspek

Pemimpin Formal

Pemimpin Tidak Formal

Perlantikan

Melalui saluran organisasi mengikut prosedur dan syarat-syarat tertentu.[ ½ m ]

Melalui persetujuan bersama ahli-ahli yang terlibat. .[ ½ m ]

Jawatan

Jawatan diiktiraf dan melalui prosedur perlantikan.[ ½ m ]

Jawatan tidak diiktiraf dan tidak rasmi dalam organisasi. .[ ½ m ]

Tanggungjawab

Akauntabiliti kepada mencapai matlamat organisasi. .[ ½ m ]

Bertanggungjawab kepada kumpulan berdasarkan matlamat kumpulan. .[ ½ m ]

Autoriti

Autoriti melalui jawatan rasmi yang disandang. .[ ½ m ]

Autoriti melalui pengaruh sendiri dan kebolehan yang ada. .[ ½ m ]

Bidang kuasa

Mengikut perundangan dan peraturan organisasi. .[ ½ m ]

Kuasa yang diberi oleh kumpulan tertentu dan terikat kepada perundangan dan peraturan organisasi. .[ ½ m ]

(b) Terangkan lima konsep pengorganisasian yang wujud dalam organisasi jangkauan kawalan sempit berbanding dengan organisasi jangkauan kawalan luas. [10]

Jawapan:

Lima konsep pengorganisasian yang wujud dalam organisasi jangkauan kawalan sempit berbanding dengan organisasi jangkauan kawalan luas:

i. Rantaian arahan [ fakta : ½ m ]

- Rantaian arahan menunjukkan hubungan langsung antara ketua dengan pekerja

[ maksud ½ ] ./

- Rantaian arahan dapat menunjukkan sistem pelaporan dalam sesebuah organisasi [ ½ m ]

Perbandingan [ 1m ]

- Bagi jangkauan kawalan sempit, arahan lambat tiba kepada pekerja. sementara dalam jangkauan kawalan luas arahan, arahan cepat sampai ke peringkat bawah. [ 1m ]

[ fakta : ½ m + maksud ½ m + perbandingan 1 m = 2 m ]

ii. Pemusatan dan pemencaran autoriti[ fakta : ½ m ]

- Pemusatan kuasa bermaksud segala hak membuat keputusan ditumpukan kepada seorang sahaja dalam organisasi dan biasanya kuasa ini dipegang oleh individu yang berjawatan tinggi dalam pemiagaan. Manakala Pemencaran kuasa pula bermaksud hak membuat keputusan diagihkan kepada semua individu di sepanjang struktur organisasi tetapi kuasa tertinggi masih dipegang oleh pengurusan atasan. [ maksud ½ ]

Perbandingan [ 1m ]

- Organisasi yang menggunakan jangkauan kawalan sempit mempunyai autoriti yang lebih memusat.Manakala organisasi yang menggunakan jangkauan kawalan luas mempunyai autoriti yang kurang memusat.

[ Fakta : ½ m + maksud ½ m + perbandingan 1 m = 2 m ]

iii. Penugasan autoriti

- Penugasan autoriti juga dikenali sebagai pengagihan tanggungjawab oleh seseorang ketua kepada pekerja bawahannya.

- Setiap pengurus atau ketua harus melakukan penugasan autoriti kerana mereka tidak akan dapat memikul dan melaksanakan tanggungjawab yang terlalu banyak.

- Jangkauan kawalan sempit melibatkan penugasan autoriti yang banyak berbanding dengan jangkauan kawalan luas yang kurang penugasan autoriti.

[ Fakta : ½ m + maksud ½ m + perbandingan 1 m = 2 m ]

iv.Autoriti

- Autoriti merujuk kepada hak seseorang individu dalam membuat keputusan dan mengarah individu-individu lain dalam organisasi.

- Apabila seseorang itu diberi autoriti, beliau juga perlu diberi kuasa supaya arahan yang diberikan dapat dilaksanakan secara berkesan.

- Dalam organisasi yang menggunakan jangkauan kawalan sempit, kebanyakan autoriti terletak pada pengurusan pertengahan berbanding dengan jangkauan kawalan luas autoriti yang tertumpu kepada pihak pengurusan atasan.

[ Fakta : ½ m + maksud ½ m + perbandingan 1 m = 2 m ]

v. Akauntabiliti

- Konsep ini berkaitan dengan individu yang bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas dan akan menerima kesan daripada pelaksanaan tanggungjawab tersebut.

- Sebagai contohnya, apabila hasil jualan syarikat rendah, individu yang dianggap menanggung akauntabiliti adalah pengurus jualan.

- Jangkauan kawalan luas mempamerkan pengurusan atasan akan menerima akauntabiliti sepenuhnya, sementara jangkauan kawalan sempit menunjukkan banyak pihak yang menerima akauntabiliti dalam membuat keputusan

[ Fakta : ½ m + maksud ½ m + perbandingan 1 m = 2 m ]

(c) Bincangkan kesan kerja berpasukan dalam sesebuah organisasi. [10]

Jawapan:

Kesan positif kerja berpasukan dalam sesebuah organisasi:

- Mewujudkan kerjasama antara ahli dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam organisasi.

[ 1m ]

- Pasukan yang dibentuk dapat mengurangkan persaingan individu kerana setiap ahli mempunyai sumbangan yang penting. [ 1m ]

- Ahli-ahli dalam satu pasukan boleh memberi sebarang idea dan pandangan dengan bebas untuk meningkatkan kemajuan.

- Semua ahli yang terlibat akan mewujudkan satu bentuk kumpulan yang membolehkan penggemblingan tenaga dilakukan bagi menghasilkan satu hasil kerja yang bermutu.

- Membentuk pemimpin yang berkesan daripada mengetuai sesuatu pasukan serta mendapat pengalaman yang berguna dalam kepimpinan.

Maksimum 5 markah

Kesan negatif kerja berpasukan dalam sesebuah organisasi:

- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan ahli. Hal ini menjejaskan kelancaran aktiviti yang dijalankan.

[1m ]

- Kewujudan pasukan akan menyukarkan pencapaian matlamat jika penyelarasan yang dibuat tidak begitu baik dan boleh menimbulkan kekaburan tugas dan peranan. [ 1m]

- Penglibatan yang tertumpu kepada pasukan akan menyebabkan wujudnya kecederungan berpuak di kalangan kumpulan atau pasukan lain dalam organisasi.

- Oleh sebab setiap ahli dalam kumpulan seling bergantung antara satu sama lain dalam mencapai matlamat, maka ini menyukarkan mereka untuk mengenal pasti individu yang perlu bertanggungjawab ke atas sesuatu tindakan.

- Proses membuat keputusan memerlukan masa yang lama kerana keputusan yang dibuat perlu mendapat idea daripada ahli kumpulan dan mengumpulkan idea tersebut.

Maksimum 5 markah

6. (a)Jelaskan maksud belanjawan tunai dan tiga kegunaannya kepada sesebuah organisasi perniagaan. [7]

Jawapan.

Belanjawan tunai

- adalah suatu perancangan kewangan yang menganggarkan penerimaan tunai dan pembayaran tunai bagi beberapa tempoh yang ditetapkan. [1m]

Kegunaan belanjawan tunai

i. Peniaga dapat mengukur keupayaan untuk berniaga [ Fakta : 1 m ]

· sekiranya penerimaan tunai melebihi jumlah pembayaran tunai maka wujud aliran tunai yang positif;dengan ini operasi perniagaan adalah berdaya maju [ huraian: 1m ]

[ Fakta: 1m+ Huraian: 1m = 2m]

ii. Penerimaan wang tunai perniagaan dapat dianggarkan

· Penerimaan tunai hasil daripada operasi biasa perniagaan dapat di ramalkan bergantung kepada ramalan jualan, syarat pemberian kredit dan corak pembayaran oleh pelanggan atau penghutang.

iii. Peniaga dapat merancang pelaburan secara teratu r sekiranya terdapat lebihan wang tunai

· apabila aliran tunai adalah positif; pengurus merancang strategi untuk pelaburan di atas lebihan tunai seperti membesarkan perniagaan, membeli bangunan baru, membeli peralatan baru untuk meningkatkan produktiviti dan sebagainya.

iv. Sebagai panduan untuk perbelanjaan sebenar

· sekiranya berlaku aliran tunai yang positif syarikat dapat membuat perbelanjaan ke atas lebihan tunai secara efisien dan mengelak berlakunya pembaziran.

[Mana-mana 3 di atas, Fakta: 1m + Huraian: 1m = 2m x 3 = 6 m]

Syarikat AURA Sdn. Bhd. menjalankan aktiviti perniagaan cosmetik dan herba di peringkat

antarabangsa. Pendapatan syarikat pada setiap tahun sentiasa meningkat dari semasa ke

semasa ekoran pemasaran agresif yang dilakukan oleh bahagian pemasaran syarikat

tersebut.

Anggaran jualan syarikat tersebut untuk bulan Januari hingga Mei 2010 adalah seperti

berikut:

Bulan

RM

Januari

60 000

Februari

100 000

Mac

115 000

April

220 000

May

250 000

(i)Daripada jadual di atas, 40% ialah jualan tunai, 60% dipungut sebulan selepas jualan.

(ii)Kos Belian ialah 50% daripada harga jualan, dan kebiasaan pembelian bahan-bahan

mentah dibuat sebulan sebelum jualan. Pembayaran belian adalah secara tunai

(iii)Perbelanjaan yang dibayar pada setiap akhir bulan ialah:

Perbelanjaan

RM

Sewa

3000

Promosi

6000

Gaji dan Upah

7000

(b)Berdasarkan maklumat di atas, sediakan belanjawan tunai Syarikat AURA Sdn. Bhd. untuk bulan Januari hingga April 2010 [10]

Syarikat ABC Sdn.Bhd

Belanjawan tunai untuk bulan Januari hingga Aprili 2010

Perkara

Januari

Februari

Mac

April

Baki Awal

(42000)

(39500)

(59500)

Penerimaan:

Jualan tunai 40%

Jualan kredit 1 bulan 60%

24,000

-

(½)

40,000

36,000

(½)

(½)

46,000

60,000

(½)

(½)

88,000

69,000

(½)

(½)

Jumlah penerimaan

24,000

76,000

106,000

157,000

Pembayaran:

Belian Tunai

Sewa

Promosi

Gaji dan upah

50,000

3000

6000

7000

(½)

(½)

(½) (½)

57,500

3000

6000

7000

(½)

110,000

3000

6000

7000

(½)

125,000

3000

6000

7000

(½)

Jumlah pembayaran

66,000

73,500

126,000

141,000

Lebihan dan kekurangan

(42,000)

(½)

2500

(½)

(20,000)

(½)

16,000

(½)

Aliran Tunai Bersih

(39,500) (½)

(59 500) (½)

(43 500) (½)

MAKSIMUM = 10M

(c)Huraikan dua objektif kewangan yang ada dalam perniagaan. [ 8 ]

i. Memaksimumkan keuntungan syarikat [ Fakta : 1m ]

· melihat berapa banyak keuntungan diperolehi [ huraian : 1m ]

· membandingkan kadar peningkatan dari tahun sebelumnya [ huraian : 1m ]

· fokus kepada tujuan untuk mendapatkan keuntungan [ huraian : 1m ]

ii. Memaksimumkan kekayaan pemegang saham

· meningkatkan perolehan per syer

· sebagai pulangan kepada pemegang saham iaitu tuan punya firma

· menggalakkan pemegang syer untuk terus melabur dalam syarikat

[Fakta: 1m, setiap Huraian : 1m x 3 huraian, 4 x 2 = 8 m]

7 (a)Bebanan kerja yang bersesuaian adalah penting untuk memastikan setiap pekerja dapat melaksanakan tugas dengan tepat dan berkesan. Bincangkan. [ 9 ]

Jawapan:-

Bebanan kerja yang bersesuaian à dapat laksana tugas dengan berkesan

Maksud “bersesuaian” dari segi

- kuantiti/beban tugas - tahap kesukaran - tempoh masa - kepelbagaian tugas

Perbincangan isi.

i. Kuantiti – tidak boleh terlalu banyak ( ½ m) dan terlalu sedikit ( ½ m)

Perbincangan:

Terlalu banyak – Kesannya stres à produktiviti merosot (1m)

Terlalu sedikit - Kesannya bosan à produktiviti rendah (1m)

ii. Tahap Kesukaran – tahap bersesuaian dengan kebolehan, kemahiran, pengalaman, keupayaan (1m)

Perbincangan:

Terlalu sukar – Kesannya tak dapat melaksana dengan baik dan mencapai objektif. (1m)

Terlalu Mudah – kesannya tugas tidak mencabar, tidak bersemangat, tidak bersungguh-sungguh.(1m)

iii. Tempoh masa – Tempoh terlalu lama atau terlalu singkat.(1m)

Perbincangan:

Segera – tergesa-gesa kesannya kualiti terjejas.(1m)

Terlalu lama – kesannya tugasan terabai, terlupa arahan.(1m)

iv. Kepelbagaian tugas – terlalu banyak tugasan (pelbagai) atau terlalu sedikit (1m).

Perbincangan:

Pelbagai – kesannya diluar bidang kemahiran dan kepakaran, tak dapat membentuk kepakaran khusus (1m).

Khusus – kesannya menjadi rutin dan membosankan (1m).

[Mana-mana 3 isi]

1 isi = 1m: 3 x 1m = 3m]

[3 x 3m = 9 markah]

(b)Terangkan empat tanda ketegangan yang dihadapi oleh seseorang pekerja. [ 8 ]

Jawapan:

Empat tanda ketegangan seseorang pekerja

i. Penurunan tahap kesihatan [ fakta :1 m ]

- perubahan fisiologi [ huraian: 1 m ] /

- keletihan berpanjangan dan berlebihan [ 1m ] /

- kurang bertenaga [ 1m ]/

- berpenyakit

Maksimum 2 markah

ii. Perubahan sikap/psikologi/emosi [ fakta :1 m ]

- murung[ huraian: 1 m ] /

- mengelak diri[ huraian: 1 m ] /

- panas baran/keganasan[ huraian: 1 m ]

Maksimum 2 markah

iii. Perubahan tingkah laku [ fakta :1 m ]

- peningkatan keganasan/

- banyak makan / alkohol / merokok/

- pengambilan dadah/

Maksimum 2 markah

iv. Penurunan prestasi [ fakta :1 m ]

- penurunan produktiviti/

- peningkatan ketidakhadiran/

- peningkatan kadar lantik henti

Maksimum 2 markah

(c)Jelaskan empat faktor luaran organisasi yang boleh menyebabkan “stress kepada pekerja.

[ 8 ]

Jawapan:

Empat faktor luaran organisasi sebagai penyebab ketegangan

1. Ekonomi [ 1 m ]

– ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi, kenaikan kos sara hidup, kemelesetan ekonomi

[ 1m ]

2. Politik

ketidakstabilan kepemimpinan, perubahan dasar kerajaan, ancaman dan huru-hara

3. Perubahan teknologi

– desakan ke atas kemahiran, penggunaan teknologi

4. Keluarga dan saudara-mara

desakan keluarga, kematian, kemalangan

5. Sosio-budaya

pergaulan bebas, kelakuan ganas remaja, kehadiran buruh asing

Nota

Empat pertama

[ Fakta : 1m + huraian : 1m = 2m x 4 = 8m ]

8, (a)Pengurus Besar sebuah kilang memproses minyak kelapa sawit di Mahang, mendapati bahawa hasil kilangnya telah merosot. Dengan menggunakan gambar rajah tulang ikan, terangkan proses mengenalpasti masalah yang dilakukan oleh Pengurus Besar kilang tersebut.

[ 5 ]

Jawapan:-

(a) Lakaran rajah yang tepat

- Harus dapat kaitkan dengan situasi yang diberikan

Metod Mesin


Bahan Mentah Modal Buruh

[Gambarajah lengkap = 5m]

[Tidak lengkap = 2 ½ m]

[Gambarajah salah (cth: tulang songsang, tiada kepala) = tiada markah]

[Jawapan perlu mengikut urutan]

[Jawapan tanpa gambarajah = tiada markah keseluruhan]

1. Situasi – hasil kilang merosot [1m]

2. Punca besar – Modal, Mesin, Bahan mentah, Manusia, Metod (teknologi) [2½m]

3.Punca kecil [ H = 4m]

- Mesin (uzur, rosak, haus)

- Modal (tak cukup pelaburan)

- Bahan mentah (buah muda, yield perahan rendah)

- Metod (teknologi lapuk)

- Manusia (pekerja kurang mahir, kurang pekerja)

4. Punca sebenar à mana-mana punca kecil yang berkaitan yang dikenalpasti sebagai punca sebenar (masalah yang perlu diselesaikan) [2 ½m)

(b) Huraikan lima ciri individu yang berkesan seperti yang dicadangkan oleh Stephen R. Covey.

[10 ]

Jawapan:-

Ciri-ciri individu yang berkesan

1. Bersikap proaktif [Fakta : 1m ]

– menjangkakan sesuatu perubahan (berfikiran jauh), bersedia, berinisiatif [ Huraian = 1m]

[ F= 1m + H= 1m = 2 m ]

2. Mulakan dengan mengingati matlamat

– Mempunyai tujuan dan halatuju, mengurus masa, membuat senarai semak, Fokus kepada hasil

3. Lakukan perkara yang utama dahulu

– memberi keutamaan kepada yang penting.

4. Berfikiran ‘menang-menang’

– membuat keputusan yang positif (tidak menjejaskan pihak lain), semua pihak mendapat faedah, faedah bersama.

5. Memahami sebelum difahami

- Cuba untuk memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami, merasai perasaan dan masalah orang lain, bertimbangrasa, empati.

6. Bersinergi

– merebut semua peluang, bekerjasama dalam kumpulan, menghargai perbezaan, menghasilkan kekuatan yang lebih besar

7. Tajam gergaji

– meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

Nota:

[Jawapan 5 pertama sahaja]

[5 x 2m = 10]

[10 markah]

2 comments:

Anonymous said...

dah jumpe jawapan btw thanx ! :DD

Anonymous said...

wahh ! bmanfaat ! makasehh ! :D