Tuesday, September 21, 2010

TRIAL STPM-JAWAPAN SOALAN 1 & 2

Cadangan jawapan:

1 (a) Huraikan tiga kepentingan aktiviti pemiagaan kepada ekonomi negara. [3]

i.Membantu meningkatkan pendapatan kerajaan - melalui kutipan cukai keuntungan yang dibayar oleh pemiagaan.

ii.Meningkatkan kemudahan awam

- kepada penduduk dengan pembinaan infrastruktur pengangkutan dan perhubungan.

iii. Menawarkan keluaran yang berkualiti dan harga yang berpatutan

- melalui persaingan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

iv. Menyediakan peluang pekerjaan

- kepada penduduk sekitar dengan menggunakan sumber tenaga manusia untuk menjalankan aktiviti pemiagaan.

v. Mewujudkan petempatan baru

- bagi sesuatu kawasan geografi dengan adanya kumpulan firma seperti kawasan perindustrian baru.

vi,Membangunkan industri pinggiran

- seperti wujudnya tahap pemiagaan huluan dan hiliran.

(Mana-mana 3 diatas sahaja)

(b) Senaraikan enam elemen persekitaran tugas organisasi. [ 3 ]

i. Pekerja

ii. Pesaing

iii. Pembekal

iv. Pelanggan

v. Kerajaan

vi. Masyarakat

vii. Pembiaya dan pemodal

(c) Jelaskan empat faktor dorongan yang dimaksudkan oleh Herberg. [ 2 ]

i.Tanggungjawab [ ½ m ]

ii.Pengiktirafan[ ½ m ]

iii.Kemajuan kerja[ ½ m ]

iv.Cabaran[ ½ m ]

v.Kreativiti[ ½ m ]

(d) Nyatakan alat kawalan yang sering digunakan dalam organisasi. [ 2 ]

i. Analisis pulang modal. [ ½ m ]

ii.Belanjawan [ ½ m ]

iii.Carta Gantt [ ½ m ]

iv. analisis PERT/CPM [ ½ m ]

(e) Nyatakankan empat ciri perlakuan manusia mengikut 'teori Y' yang dianjurkan oleh Douglas McGregor. [3]

Ciri perlakuan manusia mengikut "teori Y" yang dianjurkan oleh Douglas McGregor:

i.Rajin bekerja [ 1m ]

ii.Dapat membuat kerja tanpa arahan dan kawalan [ 1m ]

iiiBersikap proaktif, imiginatif, dan kreatif [ 1m ]

iv.Bersedia dan rela untuk menerima tanggungjawab [ 1m ]

(f) Huraikan maksud autoriti dan tanggungjawab dalam pengurusan. [ 2 ]

Autoriti

ialah hak dan kuasa [ ½ m ] yang dimiliki oleh seseorang pengurus untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan. [ ½ m ]

Maksimum 1 m

Tanggungjawab

ialah kewajipan untuk melaksanakan tugas [ ½ m ]kepada seseorang, yang telah diamanahkan oleh organisasi, [ ½ m ]

Maksimum 1 m

(g) Nyatakan empat perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pembiaya dalam menentukan

polisi kredit. [ 2 ]

Empat perkara yang dipertimbangkan oleh pembiaya dalam menentukan polisi kredit:

i. Tempoh kredit diberi [ ½ m ]

ii. Tahap kredit pelanggan. [ ½ m ]

iii. Polisi kutipan. [ ½ m ]

iv. Diskaun/ rebet . [ ½ m ]

(h) Berikan empat contoh risiko yang boleh diinsuranskan [ 2 ]

1.Kebakaran [ ½ m ]

2.Kemalangan [ ½ m ]

3.Kecurian [ ½ m ]

4.Perkapalan [ ½ m ]

5.Penerbangan [ ½ m ]

6.Gadaian [ ½ m ]

7.Risiko liabiliti / tanggungan awam [ ½ m ]

8.Pecah amanah / Jaminan amanah setia . [ ½ m ]

(i ) Bezakan keputusan rutin dengan keputusan tidak rutin dan berikan contoh [ 3 ]

Keputusan rutin [1m]

dibuat berdasarkan kepada masalah yang biasa/kerap berlaku/berulang-ulang [1m ] dalam organisasi.

Contoh:

- menambah pengeluaran [ ½ m ]

- menyelaraskan kerja [ ½ m ]

- mana-mana contoh yang sesuai [ ½ m ]

Keputusan tidak rutin [1m]

- dibuat terhadap masalah yang tidak dijangka/jarang berlaku/sekali sekala/masalah baru [1m].

- Contoh:

- pelanggan mengubah spesifikasi produk [ ½ m]

- mana-mana contoh yang sesuai [ ½ m ]

(j ) Jelaskan maksud kemahiran manusia , kemahiran teknik dan kemahiran masa . [ 3 ]

i.Kemahiran Manusia.

Kebolehan pengurus untuk:-

- memimpin pekerja. [ 1m ] /

- memberi arahan /tugas [ 1m ]

- memberi motivasi [ 1m ]

- menyelaraskan pekerja dan kerja [ 1m ] /

- memahami hubungan pekerja

- untuk berkomunikasi dengan pelbagai golongan masyarakat atau manusia. [ 1m ]/

- melalui, kemahiran ini, pengurus berupaya berkomunikasi, memotivasi, memimpin, dan mempengaruhi orang lain dengan baik.

ii.Kemahiran Teknik.

Kebolehan pengurus untuk:-

- mengoperasi mesin dan peralatan [ 1m ] /

- mengaplikasikan kaedah/prosedur untuk melaksanakan kerja/

- menggunakan teknologi dan kemahiran untuk kerja harian/

- kerja yang agak rutin/

- lazimnya, kemahiran ini diperoleh melalui latihan yang sesuai dan daripada pengalaman kerja. /

- kemahiran yang berkaitan rapat dengan aktiviti operasi syarikat.

iii. Kemahiran Masa.

Kebolehan pengurus untuk:-

- kemampuan pengurus menjadualkan kerja mengikut keutamaan kerja /

- kerja yang perlu dilaksanakan tidak terbengkalai/

- melakukan tugas yang disempurnakan dalam masa yang telah ditetapkan./

- Penggunaan masa dengan berkesan/

- Penjadualan tugas/ perancangan masa yang rapi/

2. Syarikat TOBIAR Berhad adalah pengedar barangan pengguna yang mempunyai rangkaian cawangan di seluruh Malaysia. Syarikat ini telah beroperasi selama lima tahun tetapi peningkatan jualannya perlahan. Ini disebabkan oleh sasaran pasarannya yang kurang efektif. Pengurusan syarikat berpendapat bahawa ia perlu memahami kaedah pemetakan pasaran yang betul agar pertumbuhan jualan dapat dipertingkatkan lagi.

(a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan pasaran? [ 2 ]

Pasaran

- merupakan tempat/satu keadaan dua pihak, iaitu pembeli dan penjual membuat pertukaran terhadap barangan [ 1 m ] dengan harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. [ 1 m ]

Maksimum 2 m

(ii) Huraikan maksud pemetakan pasaran. [ 2 ]

Jawapan:-

Pemetakan pasaran

- merupakan satu proses membahagikan pasaran [ ½ m] pelanggan yang luas kepada

beberapa kumpulan pengguna [ ½ m ] yang mempunyai ciri-ciri,keperluan, dan tingkah laku yang berlainan [ ½ m] yang memerlukan pemasar menjalankan aktiviti pemasaran yang berbeza. [ ½ m ]

Maksimum 2 m

(b) Huraikan ciri-ciri yang boleh digunakan oleh Syarikat tersebut untuk memetakkan

pasaran barangan pengguna ke seluruh negara. [13 ]

Jawapan:

Fakta = 1, maksud = 1, 1 huraian & 1 contoh atau 2 huraian = 2m

Asas-asas pemetakan

[1m]

maksud

[ 1m ]

Huraian

[ 1 m]

Contoh

[ ½ m ]

Geografi

- meliputi aspek lokasi dan tempat.

-Kawasan

-Negeri

-Negara

-Daerah

-Dan lain-lain

[ mana-mana 1 di atas ]

-Siaran Radio Televisyen Malaysia yang memancarkan programnya mengikut daerah tempatan seperti Radio Kedah, Radio P.Pinang. dan lain-lain.

- penduduk yang tinggal di Nepal cenderung menggunakan kenderaan pacuan empat roda berbanding dengan mereka di Belanda yang bertopografi rata.

Demografi

- berdasarkan aspek ciri-ciri penduduk.

- Umur

- Jantina

- Bangsa/ kaum

- Saiz keluarga

- Pendidikan

- Dan lain-lain

- Kosmetik dipasarkan mengikut jantina, iaitu terdapat kosmestik bagi kaum lelaki dan kosmestik bagi kaum wanita

- jenama Kiko mengeluarkan pakaian bayi dan kanak-kanak; John Master mengeluarkan pakaian lelaki; manakala jenama Soda mengeluarkan pakaian untuk wanita dalam lingkungan umur belasan tahun sehingga 35 tahun

Psikografi

Ciri-ciri pengguna

- Kelas sosial

- Personaliti

- Gaya hidup

- minat

- Minyak wangi Estee Lauder yang mempunyai haruman yang lembut adalah ditujukan untuk wanita berpersonaliti

- orang yang berkelas sosial tinggi cenderung menjadi ahli kelab golf dan membeli barangan berjenama, manakala untuk mereka di kelas sosial rendah, mereka bersenam di padang dan tidak mengutamakan jenama semasa membeli-belah.

Gelagat

Ciri-ciri penggunaan/

Tindakbalas terhadap sesuatu Produk

-Kekerapan

penggunaan

- Volum penggunaan

-Guna atau tak guna

- Kesetiaan kepada sesuatu jenama, yakin dan terus guna

Faedah

Kebaikan dan kepuasan

-menyempurnakn kehendak

- menyelesaikan

Masalah

- Ubat gigi yang dapat

memutihkan gigi akan dibeli oleh pengguna yang inginkan faedah tersebut

- pemasar akan mengeluarkan pelbagai jenis syampu yang cuba menyelesaikan masalah rambut dan menawarkan faedah tertentu kepada penggunanya.

(c) Selain daripada pemetakan pasaran, pengurusan Syarikat TOBIAR Berhad perlu juga memahami campuran pemasaran. Huraikan setiap elemen dalam campuran pemasaran. [ 8 ]

(c) Elemen dalam campuran pemasaran:

i. Keluaran/produk [ 1m ]

- Keluaran ialah sesuatu yang ditawarkan oleh pemasar kepada pengguna sasaran bagi memenuhl keperluan dan kehendak seseorang itu. [ 1m ] /

- Keluaran merangkumi aspek-aspek ketara seperti warna, saiz bahan, dan bentuk [ 1m ] /

- Aspek tidak ketara pula meliputi jaminan keluaran, waranti, kemudahan kredit dan khidmat selepas jualan. [ 1m ]

Maksimum 2 m

ii. Penentuan harga[ 1m ]

- Harga merupakan satu nilai yang perlu dibayar oleh pengguna bagi memperoleh faedah sesuatu keluaran yang dihasilkan oleh peniaga. [ 1m ] /

- Terdapat dua bentuk keluaran, iaitu barang-barang dan perkhidmatan [ 1m ]/

- Penentuan harga dipengaruhi oleh faktor dalaman seperti objektif syarikat kos dan strategi campuran pemasaran, serta faktor luaran seperti pasaran, pennintaan pesaing, dan sebagainya. [ 1m ]

Maksimum 2 m

iii.Promosi [ 1m ]

- Promosi merupakan satu proses komunikasi yang dijalankan oleh pemasar untuk membentahu, menggalakkan, dan menyakinkan pembeli supaya mencuba dan membeli keluaran yang ada dalam pasaran. [ 1m ]

- Campuran promosi terdiri daripada elemen seperti pengiklanan, jualan persendirian promosi jualan, dan publisiti. [1m ]

Maksimum 2 m

iv.Pengedaran[ 1m ]

- Pengedaran ialali satu proses pemindahan keluaran daripada pusat pengeluaran kepada pengguna sasaran di tempat dan masa yang sesuai dengan kehendak pengguna. [ 1m ] /

- Pengedaran memerlukan saluran agihan untuk menggerakkan keluaran daripada pengeluar kepada pengguna. [ 1m ]

Maksimum 2 m

No comments: