Monday, September 20, 2010

TRIAL STPM KEDAH 2010- P.PERNIAGAAN 1 (SOALAN 1 DAN 2)

Cikgu uploadkan soalan peperiksaan Percubaan STPM PP1 - Kedah (jawapannya kemudian)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN P.PERNIAGAAN 1 – NEGERI KEDAH

BAHAGIAN A

SOALAN 1

a)

Huraikan tiga kepentingan aktiviti perniagaan kpd ekonomi Negara. [3]

b)

Senaraikan enam elemen persekitaran tugas organisasi. [3]

c)

Jelaskan empat faktor dorongan yg dimaksudkan oleh Hertzberg. [2]

d)

Nyatakan alat kawalan yang sering digunakan dalam organisasi. [2]

e)

Nyatakan tiga cirri perlakuan manusia mengikut ‘Teori Y’ yang dianjurkan oleh Douglas McGregor. [3]

f)

Huraikanmaksud autoriti an tanggungjawab dalam pengurusan. [2]

g)

Nyatakan empat perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pembiaya dalam menentukan polisi kredit. [2]

h)

Berikan empat contoh risiko yang boleh diinsuranskan. [2]

i)

Bezakan keputusan rutin dengan keputusan tidak rutin dan berikan contoh. [3]

k)

Jelaskan maksud kemahiran manusia, kemahiran teknik dan kemahiran masa. [3]

Soalan 2

Syk. Tobiar Berhad adalah pengedar barangan pengguna yg mempunyai rangkaian cawangan di seluruh Malaysia. Syk. ini telah beroperasi selama lima tahun tetapi peningkatan jualannya perlahan. Ini disebabkan oleh sasaran pasarannya yg kurang efektif. Pengurusan syk berpendapat bahawa ia perlu memahami kaedah pemetakan pasaran yg betul agar pertumbuhan jualan dpt dipertingkatkan lagi.

a)

i) Apakah yang dimaksudkan dengan pasaran? [2]

ii) Huraikan maksudkan pemetakan pasaran. [2]

b)

Huraikan ciri2 yg boleh digunakan oleh Syk tersebut utk memetakan pasaranbarangan pengguna ke seluruh Negara. [13]

c)

Selain dpd pemetakan pasaran, pengurusan Syk Tobiar Berhad perlu juga memahami campuran pemasaran. Huraikan setiap elemen dalam campuran pemaran. [8]

No comments: