Wednesday, October 20, 2010

PP2- TRIAL PAHANG 2010

PP2– TRIAL PAHANG 2010

SOALAN 1

a)

Nyatakan empat hak berkanun penyewa mengikut Akta Sewa Beli 1967.

[2]

b)

Berikan tiga pihak yang menggunakan analisis nisbah kewangan.

[1 ½]

c)

Jelaskan tiga faedah yang boleh diperolehi oleh seseorang usahawan jika beliau menyertai perniagaan francais.

[3]

d)

Nyatakan lima kelayakan yang perlu ada bagi seseorang yang ingin menyertai koperasi peringkat rendah.

[2 ½]

e)

Terangakn tiga matlamat kerajaan memperkenalkan dasar penswastaan.

[3]

f)

Berikan empat keaedah perlindungan perdagangan bukan tariff.

[2]

g)

Jelaskan tiga faktor mengapa organisasi perniagaan patut menyokong pelaksanaan tanggungjawab social.

[3]

h)

Perihalkan tiga peranan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia. (FOMCA).

[3]

i)

Jelaskan tiga kebaikan menggunakan e-dagang dalam proses komunikasi.

[3]

j)

  1. Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan maksud “kebisingan” dalam proses komunikasi di sesebuah organisasi perniagaan.

[2]

SOALAN 2

Encik Shamsul berminat menceburi perniagaan pengeluaran minuman ringan setelah berhenti daripada jawatan pengarah di sebuah syarikat pengeluaran minuman ringan di kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan.

Bagi mengembangkan perniagaannya, Encik Shamsul telah bercadang untuk bergabung dengan syarikat pengeluar minuman ringan di Indonesia. Melalui pergabungan tersebut, beliau perlu memilih salah satu kaedah dalam perikatan strategic.

Dalam usaha merealisasikan impiannya, Encik Shamsul menyediakan satu rancangan perniagaan untuk dikemukakan kepada pihak berkepentingan bagi tujuan pembiayaan tambahan.

a)

Huraikan tiga cara bagaimana Encik Shamsul boleh mendapat pengetahuan tentang perniagaannya.

[6]

b)

  1. Terangkan maksud perikatan strategic secara ringkas dan berikan dua jenis kaedah perikatan strategic.
  2. Jelaskan tiga kebaikan dan tiga kelemahan perikatan strategic yang akan dijalankan oleh Encik Shamsul.

[9]

c)

Terdapat tiga beberapa elemen penting dalam rancangan perniagaan. Antaranya ialah perancangan organisasi. Terangkan cirri-ciri yang sepatutnya terkandung dalam perancangan organisasi.

[10]

SOALAN 3

a)

Merujuk kepada Akta Pekerjaan 1955 (Pind. 1980), huraikan empat hak pekerja yang mesti dipatuhi oleh majikan.

[12]

b)

Jelaskan empat jenis pelaporan pengurusan yang lazim diamalkan oleh pengurusan sesebuah organisasi perniagaan.

[8]

c)

Berikan lima penggunaan teknologi maklumat dalam aktiviti perniagaan masa kini.

[5]

SOALAN 4

Puan Marina, seorang usahawan muda, berkelulusan sarjana muda dalam bidang Perniagaan Tani daripada Universiti Putra Malaysia ingin menceburi bidang perniagaan pemprosesan kerepek keladi dan ubi kayu. Setelah mengadakan beberapa sesi menjana idea perniagaan, beberapa idea telah dikenalpasti dan dibuat saringan. Langkah beliau seterusnya ialah meneruskan perancangan pembangunan dan merealisasikan idea tersebut. Selain daripada itu, sebagai orang baru dalam dunia perniagaan beliau mengalami pelbagai kesulitan dan masalah untuk memulakan perniagaannya.

a)

Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan tiga masalah yang dihadapi oleh Puan Marina dan tiga bantuan yang boleh diperolehi olehnya dari agensi kerajaan dan swasta.

[12]

b)

Terangkan langkah dan aktiviti seterusnya dalam perancangan dan pembangunan merealisasikan idea mengenai pengeluaran kerepeknya bagi memenuhi citarasa pelanggan.

[8]

c)

Terangkan lima peranan Puan Marina dalam usaha mengembangkan perniagaannya.

[5]

SOALAN 5

Koperasi Kedai Buku UMP Berhad, Majlis Perwakilan Pelajar UMP dan Syarikat Usaha Maju Pahang (UMP) Sdn. Bhd. adalah tiga entity yang berbeza.

a)

Terangkan perbezaan ketiga-tiganya dari aspek kawalan undang-undang, pengurusan pemasaran dan pengurusan kewanan

[9]

b)

Jelaskan langkah2 yang perlu dipatuhi oleh pelajar UMP untuk menubuhkan Majlis Perwakilan Pelajar UMP.

[10]

c)

Jelaskan dengan ringkas enam kelebihan yang dinikmati oleh pelajar UMP sekiranya menjadi ahli Koperasi Kedai Buku UMP Berhad.

[6]

SOALAN 6

Seorang usahawan dari Negara Jepun akan membuka kilang pembuatan kereta di Malaysia.

a)

  1. Jelaskan tiga cabaran yang akan dihadapi oleh usahawan tersebut dari aspek politik, ekonomi dan sosiobudaya.
  2. Terangkan lima risiko yang akan dihadapi oleh usahawan tersebut.

[9]

[10]

b)

Huraikan tiga objektif perlindungan perdagangan dalam pasaran domestic yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

[6]

SOALAN 7

Amri, seorang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah mendaftar di salah sebuah pusat tuisyen di Bandar berhampiran tempat tinggalnya.

a)

Jelaskan hak2 Amri sebagai seorang pelanggan di pusat tuisyen tersebut.

[10]

b)

Terangkan tiga peranan utama lembaga pengarah di dalam sesebuah perniagaan.

[6]

c)

Huraikan bagaimana faktor individu dan persekitaran boleh mendorong kepada berlakunya jenayah kolar putih.

[9]

SOALAN 8

Anda selaku pengurus pemasaran sebuah syarikat kosmetik merancang untuk membuat promosi tentang keluaran terbaharu kosmetik syarikat anda. Anda perlu membuat keputusan untuk memilih media massa yang sesuai untuk menyampaikan maklumat mengenai produk tersebut kepada orang ramai.

a)

Nyatakan empat jenis media massa yang sesuai bagi mempromosikan keluaran terbaharu syarikat anda dan sebab2 media tersebut dipilih.

[8]

b)

Berdasarkan gambarajah dan contoh yang sesuai, huraikan tiga bentuk komunikasi dalam sesebuah organisasi.

[9]

c)

Huraikan empat kelebihan komunikasi lisan dengan memberikan contoh yang sesuai.

[8]

No comments: