Saturday, October 2, 2010

PENGELUARAN - SOALAN 1999 - 2007

Soalan Tahun 1999

1.

(h)

Jelaskan dua objektif utama sesebuah organisasi melaksanakan pendekatan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)

[2]

Soalan Tahun 2000

7.

(a)

Huraikan maksud Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM).

[4]

(b)

Jelaskan prinsip-prinsip Pengurusan Kualiti Menyeluruh.

[5]

(c)

“Pengurusan Kualiti Menyeluruh boleh diguna pakai oleh sesetengah organisasi sahaja tetapi tidak semua organisasi.” Bincangkan penyataan ini.

[6]

(d)

Huraikan lima faktor yang menentukan lokasi sesebuah kilang.

[10]

Soalan Tahun 2001

1.

(f)

Huraikan maksud perekayasaan semula (reengineering).

[2]

Soalan Tahun 2002

1.

(f)

Nyatakan tiga jenis pengeluaran dan huraikan setiap jenis pengeluaran tersebut secara ringkas.

[3]

(h)

Terangkan dua prinsip pengurusan kualiti menyeluruh.

[2]

Soalan Tahun 2004

1.

(f)

Jelaskan maksud ISO 9000.

[2]

Soalan Tahun 2005

1.

(h)

Jelaskan maksud sistem pembuatan luwes dan nyatakan dua kebaikan dan keburukan sistem tersebut.

[3]

6.

(a)

Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perkaitan antara kaedah kawalan dengan peringkat dalam proses pengeluaran.

[13]

Soalan Tahun 2006

1.

(g)

Namakan tiga jenis susun atur kilang dan berikan satu contoh keluaran yang sesuai bagi setiap jenis susun atur.

[3]

Soalan Tahun 2007

1.

(h)

Nyatakan dua kebaikan penggunaan perisian Reka Bentuk Bantuan Komputer(CAD).

[2]

2.

(a)

Huraikan hubungan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran.

[10]

(b)

Huraikan tiga jenis susun atur kilang dengan memberikan satu contoh bagi setiap jenis.

[15]

6.

(a)

Syarikat Tekstil Tunas Sendirian Berhad memerlukan 200 gulung kain ela pada setiap minggu. Syarikat itu beroperasi 5 hari seminggu dan 52 minggu setahun. Kos memesan kain ela ialah RM45.00 bagi setiap pesanan, dan kos pegangan ialah RM10.00 bagi setiap gulung. Syarikat memesan sebanyak 400 gulung kain ela bagi setiap pesanan.

(i) Hitung jumlah kos tahunan, iaitu kos pesanan dan kos pegangan yang perlu dibayar oleh syarikat itu.

(ii) Hitung Kuantiti Pesanan Ekonomi (EOQ) bagi syarikat itu.

(iii) Hitung jumlah kos tahunan yang perlu dibayar jika EOQ dipesan.

[9]

(b)

Nyatakan empat andaian yang diambil kira dalam model EOQ.

[4]

(c)

Selain kaedah EOQ, jelaskan dua kaedah lain yang digunakan untuk mengurus inventori.

[12]

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

Jawapan tarakk... o_O

Unknown said...

I really hope you could provide the answer for the questions