Sunday, September 26, 2010

TRIAL STPM KEDAH 2010- P.PERNIAGAAN 2

PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 – PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM KEDAH

BAHAGIAN A [50 markah]

Jawab semua soalan.

SOALAN 1

a)

Nyatakan empat hak pekerja mengikut Akta Pekerjaan 1955 (Pindaan 1980) [2]

b)

Nyatakan prinsip2 audit yg harus diamalkan oleh juru audit luaran. [3]

c)

Berikan tiga sumber modal yg biasa digunakan oleh usahawan untuk meningkatkan modal kerja. [3]

d)

Terangkan dua tujuan penubuhan Maktab Kerjasama Malaysia [MKM] [3]

e)

Berikan dua faktor mengapa syarikat memilih menjadi syarikat multinasional. [2]

f)

Perihalkan tujuan pembentukan kawasan pertumbuhan IMT-GT [3]

g)

Berikan dua alasan mengapa organisasi enggan melaksanakan tanggungjawab social. [2]

h)

Nyatakan empat peranan Persatuan Pengguna dalam melindungi pengguna di Malaysia. [2]

i)

Terangkan tiga kebaikan menggunakan e-dagang dalam perniagaan. [3]

k)

Berikan maksud bagi halangan yang berikut:

i) Fizikal

ii) Psikologikal [2]

SOALAN 2

a)

Bagaimanakah usahawan menjalankan peranannya untuk perkara di bawah:

i) Meningkatkan taraf hidup

ii) Menyumbang untuk meningkatkan ekonomi Negara

iii) Membangunkan industry sokongan. [9]

b)

Mengapakah kerajaan menggalakkan usahawan bumiputera menceburkan diri dalam perniagaan francais berbanding memulakan sendiri perniagaan. [8]

c)

Bagaimanakah pihak kerajaan menyelesaikan masalah pemasaran barangan terutamanya barangan keluaran syarikat Bumiputera. [8]

BAHAGIAN B [50 markah]

Pilih DUA soalan sahaja.

SOALAN 3

a)

Jelaskan jenis2 laporan pengurusan yang harus disediakan oleh pengurus pemasaran. [8]

b)

Berikut adalah maklumat asset dan liability syarikat XYZ Sdn. Bhd. pada 31 Disember 2009:

Jumlah Aset Semasa RM 27,900

Jumlah Aset Tetap RM 15,750

Liabiliti Semasa RM 11,000

Inventori RM 4,250

Liabiliti Jangka Panjang RM 7,600

Akaun Belum Terima RM 5,400

Jualan RM 24,500

Kos Jualan RM 11,700

Berdasarkan maklumat di atas, kirakan nisbah2 berikut:

i) Nisbah Semasa

ii) Nisbah cepat

iii) Nisbah Hutang

iv) Pusing Ganti Inventori

v) Tempoh Kutipan Purata [11]

c)

Nyatakan tiga pihak yang memerlukan analisis kewangan dan terangkan kepentingannya kepada pihak tersebut. [6]

SOALAN 4

a)

Jelaskan kaedah menjana idea di bawah:

i) Kumpulan focus

ii) Sumbangsaran

iii) Analisis kemahiran tenaga manusia [6]

b)

Bayu Sdn. Bhd. diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965. Bahagian pengeluaran syarikat tersebut mempunyai beberapa idea yang boleh dibangunkan. Sebagai pengurus di bahagian R&D di syarikat tersebut, jelaskan langkah2 yang perlu diambil untuk memastikan idea dan produk dapat diterima dalam pasaran. [10[

c)

Jelaskan tiga pihak yang memerlukan rancangan perniagaan. [9]

SOALAN 5

a)

Huraikan lima jenis organisasi bukan bermotifkan untung berserta dengan aktivitinya. [10]

b)

Huraikan kelebihan penubuhan Kelab Belia di tempat anda. [8]

c)

Koperasi Andalas Berhad ditubuhkan untuk membantu sosioekonomi ahli2 nya. Manakala penubuhan Kelab Rekreasi Taman Andalas ialah untuk meningkatkan pengetahuan dan kekuatan mental ahli2nya. Jelaskan persamaan penubuhan koperasi dan kelab tersebut. [7]

SOALAN 6

a)

Huraikan kaedah pembayaran perdagangan menggunakan Surat Kredit. [4]

b)

Huraikan tiga halangan dalam meningkatkan kerjasama perdagangan antarabangsa. [6]

c)

Berikan maksud promosi pelaburan dan jelaskan empat bentuk promosi pelaburan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia kepada pelabur. [15]

SOALAN 7

a)

Terangkan mengapakah wujud gerakan kepenggunaan di Malaysia. [5]

b)

Etika perniagaan seharusnya diamalkan oleh setiap peniaga untuk memastikan perniagaan mencapai matlamat organisasi . Huraikan etika perniagaan terhadap pihak berikut:

i) Pelanggan

ii) Pekerja [10]

c)

Jenayah kolar putih selalu dikaitkan dengan pihak pengurusan syarikat. Huraikan jenis2 jenayah kolar putih yang sering dikaitkan oleh para pengurus masa kini. [10]

SOALAN 8

a)

SKPC Sdn. Bhd. yang beribu pejabat di Alor Setar telah lama terlibat dalam perniagaan telekomunikasi. SKPC diterajui oleh seorang Pengarah Urusan dan mempunyai tiga cawangan yang bertempat di Jitra, Sungai Petani dan Kulim. Setiap cawangan diketuai oleh seorang Pengurus Cawangan. Semua cawangan mempunyai Jabatan Pemasaran, Jabatan Kewangan dan Jabatan Personelia yang diketuai oleh Ketua Jabatan. Baru2 ini sistem komunikasi di negeri Kedah terganggu disebabkan oleh kerosakan sistem pemancar utama.

i) Jelaskan bentuk2 komunikasi berserta dengan gambarajah yang sesuai untuk memaklumkan tentang gangguan sistem komunikasi tersebut. [12]

ii) Huraikan tiga media komunikasi yang boleh digunakan oleh SKPC Sdn Bhd. untuk berhubung dengan semua pengguna cawangan syarikatnya. [6]

b)

Anda perlu berunding dengan pegawai kredit di sebuah bank perdagangan untuk membincangkan tentang bantuan kewangan yang anda pohon. Huraikan prinsip berunding yang perlu ada pada diri anda. [7]

No comments: