Tuesday, September 21, 2010

TRIAL STPM KEDAH 2010- P.PERNIAGAAN 1 (SOALAN 3-8)

BAHAGIAN B

Soalan 3

a)

Proses perniagaan membuat keropok ikan melibatkan tiga peringkat, iaitu:

i) Membangunkan keluaran

ii) Menguruskan permintaan

iii) Memenuhi pesanan

Dengan menggunakan contoh perniagaan di atas, terangkan setiap peringkat tersebut. [10]

b)

Huraikan perkaitan antara sector swasta, sector awam dan badan2 berkanun dlm pembangunan dan perkembangan ekonomi Negara. [6]

c)

Terangkan empat persekitaran umum dan bincangkan bagaimana setiap persekitaran tersebut dapat mempengaruhi prestasi perniagaan. [9]

Soalan 4

a)

Bezakan konsep pemusatan autoriti dengan pemencaran autoriti dalam pengurusan organisasi serta berikan contoh yang sesuai. [4]

b)

Huraikan faktor2 yang mempengaruhi tahap pemusatan autoriti dan pemencaran autoriti. [5]

c)

Jelaskan:

i) Empat kelebihan pemusatan autoriti dalam proses membuat keputusan.

ii) Empat kelemahan pemusatan autoriti dalam proses membuat keputusan. [16]

Soalan 5

a)

Bandingkan pemimpin formal dengan pemimpin tidak formal. [8]

b)

Terangkan lima konsep pengorganisasian yang wujud dalam organisasi jangkauan kawalan yang sempit berbanding dengan jangkauan kawalan luas. [10]

c)

Bincangkan kesan kerja berpasukan dalam sesebuah organisasi. [7]

Soalan 6

a)

Jelaskan maksud belanjawan tunai dan tiga kegunaannya kepada sesebuah organisasi perniagaan. [7]

Syk. AURA Sdn. Bhd. menjalankan aktiviti perniagaan kosmetik dan herba di peringkat antarabangsa. Pendapatan syk pada setiap tahun sentiasa meningkat dari semasa ke semasa ekoran pemasaran agresif yang dilakukan oleh bahagian pemasaran syk tersebut.

Anggaran jualan syk tersebut untuk bulan Januari hingga Mei 2010 adalah seperti berikut:

Bulan

RM

Januari

60 000

Februari

100 000

Mac

115 000

April

220 000

Mei

250 000

i) Daripada jadual di atas, 40% ialah jualan tunai, 60% dipungut sebulan selepas jualan.

ii) Kos belian ialah 50% daripada harga jualan, dan kebiasaan pembelian bahan2 mentah dibuat sebulan sebelum jualan. Pembayaran adalah secara tunai.

iii) Perbelanjaan yang dibayar pada setiap akhir bulan ialah:

Perbelanjaan

RM

Sewa

3 000

Promosi

6 000

Gaji dan upah

7 000

b)

Berdasarkan maklumat di atas, sediakan belanjawan tunai Syk AURA Sdn. Bhd. untuk bulan Januari hingga April 2010. [10]

c)

Huraikan dua objektif kewangan yang ada dalam perniagaan. [8]

Soalan 7

a)

Bebanan kerja yang bersesuaian adalah penting untuk memastikan setiap pekerja dapat melaksanakan tugas dengan tepat dan berkesan. Bincangkan. [9]

b)

Terangkan empat tanda ketegangan yang dihadapi oleh seseorang pekerja. [8]

c)

Jelaskan empat faktor luaran organisasi yang boleh menyebabkan “stress” kepada pekerja. [8]

Soalan 8

a)

Pengurus besar sebuah kilang memproses minyak kelapa sawit di Mahang, mendapati bahawa hasil kilangnya telah merosot. Dengan menggunakan gambar rajah tulang ikan, terangkan proses mengenalpasti masalah yang dilakukan oleh Pengurus Besar kilang tersebut. [15]

b)

Huraikan lima ciri individu yang berkesan seperti yang dicadangkan oleh Stephen R. Covey. [10]

2 comments:

Anonymous said...

jawapan x de ke ?

Anonymous said...

perlukan jwpn.. T.T