Sunday, November 7, 2010

TRIAL PAHANG- PP2 - JAWAPAN SOALAN 4

SOALAN 4

Puan Marina, seorang usahawan muda, berkelulusan sarjana muda dalam bidang Perniagaan Tani daripada Universiti Putra Malaysia ingin menceburi bidang perniagaan pemprosesan kerepek keladi dan ubi kayu. Setelah mengadakan beberapa sesi menjana idea perniagaan, beberapa idea telah dikenalpasti dan dibuat saringan. Langkah beliau seterusnya ialah meneruskan perancangan pembangunan dan merealisasikan idea tersebut. Selain daripada itu, sebagai orang baru dalam dunia perniagaan beliau mengalami pelbagai kesulitan dan masalah untuk memulakan perniagaannya.

a)

Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan tiga masalah yang dihadapi oleh Puan Marina dan tiga bantuan yang boleh diperolehi olehnya dari agensi kerajaan dan swasta.

[12]

b)

Terangkan langkah dan aktiviti seterusnya dalam perancangan dan pembangunan merealisasikan idea mengenai pengeluaran kerepeknya bagi memenuhi citarasa pelanggan.

[8]

c)

Terangkan lima peranan Puan Marina dalam usaha mengembangkan perniagaannya.

[5]

Jawapan:

a)

Tiga masalah yg dihadapi Puan Marina

i. Mendapatkan pembiayaan/modal yg mencukupi

ii. Masalah utk memasarkan produk

iii. Mendapat tapak kilang yg strategik

iv. Khidmat nasihat dan rundingan dari pakar runding dan professional

v. Latihan pembangunan usahawan

(huraikan

Tiga bantuan yg boleh diperolehi:

i. Bantuan kewangan

· Diberi dlm bentuk wang, subsidi dan pinjaman utk membantu menyelesaikan masalah kewangan

· Badan berkanun – spt MARA, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan Perbadanan Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC)

· Swasta-seperti bank perdagangan

ii. Kemudahan prasarana dan premis perniagaan

· Meliputi kompleks perniagaan, pelbagai jenis bazaar, penyediaan ruang kilang dan tapak bangunan kilang

· Agensi kerajaan – spt Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)

· Badan berkanun – spt MARA dan UDA

iii. Khidmat nasihat dan rundingan

· Disediakan bagi memastikan usahawan memperlengaokan diri dgn ilmu pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dlm bidang perniagaan

· Bantuan khidmat nasihat dan rundingan yg diberikan merangkumi perundingan pengurusan, cara utk meningkatkan kualiti keluaran dan produktiviti organisasi

· Pihak2 yg memberi bantuan khidmat nasihat dan rundingan spt Pusat Pembangunan Usahawan (MEDEC), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), MARA, IPK (Inst. Pembangunan Usahawan) UUM

iv. Pembangunan Usahawan

· Kursus yg ditawarkan utk mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera di Malaysia

· Bentuk2 program yg dilaksanakan di bawah program pembangunan usahawan ialah Program Pembangunan Vondor, Program Mentor-Mentee, Program Pembangunan Francais, Program usahawan tulen dan program Latihan Keusahawanan

· Agensi yg memberikan bantuan –MARA, DPMM, Giat MARA, IKM dll

v. Pemasaran

· Membantu usahawan dlm memasarkan produk dalam/luar negeri melalui pelbagai saluran pasaran, promosi supaya dpt memperkenalkan produk

· Mengadakan pelbagai aktiviti pemasaran spt kursus, bengkel, seminar dan ekspo di merata tpt

· Agensi yg membantu – MITI, Syk Besta Distributors, FAMA, Perbadanan Kraftangan Malaysia, Pernas Edar, Guthrie Furniture

(hurai dan kaitkan jawapan dgn situasi)

b)

Proses merealisasikan idea dalam pembangunan produk

  1. Tahap Idea (tiada markah – kerana telah ada dalam soalan)
  2. Tahap konsep

§ Selepas idea produk baru dikenal pasti, idea itu akan dibangunkan melalui interaksi dgn pelanggan

§ Ia dilakukakn melalui temuduga dgn responden terpilih

§ Mereka akan didedahkan dgn kenyataan yg menggambarkan ciri2 dan sifat fizikal produk

§ Maklum balas dpd responden diperolehi dan dianalisis

§ Ciri2 yg digamari akan dimasukkan ked lm idea produk baru

  1. Tahap pembangunan produk

§ Dlm tahap ini, reaksi pengguna ttg produk fizikal ditentukan

§ Sekumpulan bakal penguna akan diberi contoh produk syk dan contoh produk pesaing

§ Pengguna akan menyimpan rekod penggunaan, membuat komen ttg kelebihan dan kelemahan produk tersebut serta membuat bandingan dengan produk pesaing

  1. Tahap ujian pemasaran

§ Ujian pasaran diadakan utk meningkatkan keyakinan terhadap kejayaan di peringkat pengkomersialan

§ Tahap penerimaan penguna diketahui melalui hasil sebenar jualan

§ Kejayaan boleh dikenalpasti sekiranya jualan adalah memuaskan kerana ia menunjukkan produk digemari penguna

  1. Tahap pengkomersialan

§ Setelah produk berjaya di tahap ujian penilaian pemasaran

§ Peringkat terakhir di mana jualan sebenar dilaksanakan

§ Proses memastikan produk berada dlm kitaran hayat lebih lama

c)

Lima peranan Puan Marina dlm mengambangkan perniagaan:

  1. Idea dan perancangan – meningkatkan produktiviti supaya pengguna menikmati produk yg berkualiti dgn harga berpatutan
  2. Merancang strategi – melalui idea, usahawan membuat perancangan utk memulakan perniagaan, pemasaran dan permodalan
  3. Mengembleng faktor pengeluaran – menggunakan faktor2 spt tanah, buruh, bahan mentah dan modal dpt diselaraskan dgn berkesan. Ini dpt mengelakkan pembaziran sumber
  4. Mengurus, mengeluar dan mengedar – keusahawanan membantu kea rah pengagihan barang yg lebih saksama danberkesan
  5. Menanggung risiko yg bakal dihadapi dlmpersaingan produk
  6. Meluaskan pasaran – mengadakan pelbagai promosi jualan, strategi pemasaran dll
  7. Mengadakan penyelidikan danpembangunan supaya dpt meningkatkan kualiti produk
  8. Memberi latihan kpd pekerja utk meningkatkan motivasi dan daya pengeluaran

No comments: