Thursday, November 4, 2010

JAWAPAN TRIAL PAHANG - PP2 (SOALAN 2)

SOALAN 2

Encik Shamsul berminat menceburi perniagaan pengeluaran minuman ringan setelah berhenti daripada jawatan pengarah di sebuah syarikat pengeluaran minuman ringan di kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan.

Bagi mengembangkan perniagaannya, Encik Shamsul telah bercadang untuk bergabung dengan syarikat pengeluar minuman ringan di Indonesia. Melalui pergabungan tersebut, beliau perlu memilih salah satu kaedah dalam perikatan strategic.

Dalam usaha merealisasikan impiannya, Encik Shamsul menyediakan satu rancangan perniagaan untuk dikemukakan kepada pihak berkepentingan bagi tujuan pembiayaan tambahan.

a)

Huraikan tiga cara bagaimana Encik Shamsul boleh mendapat pengetahuan tentang perniagaannya.

[6]

b)

  1. Terangkan maksud perikatan strategic secara ringkas dan berikan dua jenis kaedah perikatan strategic.
  2. Jelaskan tiga kebaikan dan tiga kelemahan perikatan strategic yang akan dijalankan oleh Encik Shamsul.

[9]

c)

Terdapat tiga beberapa elemen penting dalam rancangan perniagaan. Antaranya ialah perancangan organisasi. Terangkan cirri-ciri yang sepatutnya terkandung dalam perancangan organisasi.

[10]

Jawapan:

a) tiga cara bagaimana Encik Shamsul boleh mendapat pengetahuan tentang perniagaannya

i. menimba pengalaman dgn bekerja di bidang perniagaan yg berkaitan

ii. mendapat latihan, kursus, bengkel, seminar dll latihan pembangunan usahawan dr agensi kerajaan dan swasta.

iii. Melanjutkan pelajaran dlm bidang perniagaan

(kaitkan jawapan dgn kes)

b) i) Maksud perikatan strategik

Satu kerjasama atau gabungan dua atau lebih firma dlm tempoh tertentu, bertujuan mencapai objektif ekonomi iaitu mendpt keuntungan dgn lebih cepat dpd melakukannya bersendirian

Contoh :

- Usahasama

- Pemilikan bersama

- Pengeluaran secara kontrak

- Pengurusan secara kontrak

- Perlesenan

ii) Tiga kebaikan perikatan strategik

- Berkongsi teknologi

- Memperolehi kemahiran huraikan

- Berkongsi kepakaran

- Mengurangkan pesaing

iii) Tiga kelemahan perikatan strategik

- Kesukaran mencapai persetujuan

- Tiada t/jwb

- Kepercayaan huraikan

- Ketidakserasian antara pekongsi

c) Perancangan organisasi

Rancangan Pentadbiran/Organisasi

i. Pengenalan Organisasi

- Menerangkan misi dan objektif syk

ii. Carta Organisasi/Struktur

- Menggambarkan kumpulan pengurusan dan hierarki organisasi formal

- Menunjukkan fungsi utama jabatan2

- Digunakan bg tujuan penyelarasan antara bahagian, autoriti, tanggungjawab dan rantaian arahan

iii. Jadual Jawatan dan bilangan pekerja

- Senarai jawatan yg diperlukan dan jumlah pekerja yg ada

- Status pekerja sepenuh masa, kontrak/sambilan

iv. Jadual Huraian Tugas

- Menerangkan secara terperinci ttg tugas2 bg setiap jwt

- Butir-butir lengkap jawatan

v. Jadual Imbuhan balas jasa/insentif

- Ganjaran2 dan bentuk insentif kpd pekerja

- Cth: KWSP, PERKESO, Elaun perubatan, pengangkutan, penginapan dll

vi. Senarai keperluan Pejabat/ susun atur pejabat

- Menyenaraikan asset tetap dan barang keperluan pejabat spt perabot, alat pejabat, peralatan dll dlm pejabat

vii. Perbelanjaan Pentadbiran

- Menganggarkan kos terlibat dlm perbelanjaan pentadbiran, mengikut hari/bulanan spt gaji buruh, sewa pejabat, cukai, insurans dll

(KAITKAN DENGAN KES)

No comments: