TAJUK 3: FUNGSI PERNIAGAAN
TAJUK | HURAIAN | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3.1 PEMASARAN 3.1.1 Definisi dan peranan pemasaran 3.1.2 Pendekatan pemasaran 3.1.3 Gelagat pengguna dan penyelidikan pemasaran 3.1.4 Pemetakan Pasaran 3.1.5 Campuran pemasaran | i) Definisi n Pemasaran adalah proses perancangan dan pelaksanaan konsep berkaitan dengan perletakan harga, promosi, pengagihan barangan atau perkhidmatan, atau idea, untuk mewujudkan pertukaran bagi memenuhi objektif individu dan matlamat organisasi. (AMA) Fungsi pemasaran § pembelian § penjualan § pengangkutan § pensetoran § pembiayaan § penggredan dan pempiawaian § mengambil risiko § mengumpul dan menganalisis data untuk penyelidikan Perbezaan antara pemasaran dan jualan
Elemen-elemen campuran pemasaran · Produk - sesuatu yang ditawarkan oleh penjual kepada bakal pembeli untuk perhatian , milikan atau kegunaan untuk memuaskan kehendak dan keperluan pembeli. - Ciri produk merangkumi sifat-sifat ketara seperti bahan, warna, saiz dan bentuk dan sifat-sifat tak ketara seperti jaminan, kredit, khidmat selepas jualan · Pengedaran - proses memindahkan dari pusat pengeluaran kepada pengguna di lokasi dan masa yang dikehendaki mereka. - Pengedaran memerlukan saluran agihan untuk menggerakkan barangan daripada pengeluar kepada pengguna · Harga - jumlah nilai yang pengguna tukarkan bagi faedah yang diperoleh hasil penggunaan barang-barang dan perkhidmatan - harga dipengaruhi oleh faktor dalaman syarikat seperti objektif syarikat, kos, strategi campuran pemasaran dan faktor luaran seperti pasaran dan permintaan, persaingan dan lain-lain · Promosi - komunikasi yang digunakan oleh pemasar memberitahu, menggalakkan dan meyakinkan pembeli supaya mencuba dan membeli keluaran yang telah ada di pasaran. - Promosi merangkumi pengiklanan, jualan persendirian, promosi jualan dan publisiti ii) Pengurusan pemasaran n Pengurusan pemasaran merujuk kepada analisis, perancangan, pelaksanaan dan pengawalan program-program yang dibentuk bagi mewujud dan mengekalkan hubungan serta meneruskan pertukaran dengan pasaran untuk mencapai matlamat organisasi. n Peranan Pengurus Pemasaran - b/jwb memahami dan mewujudkan permintaan pasaran t’hdp produk syk. - kekalkan hubungan baik dgn pelanggan dan teruskan aktiviti pertukaran dengan mereka - membentuk pelbagai program Fungsi / Peranan Pemasaran
a) Pembelian – pengurus kenal pasti, pilih dan nilai pembekal, barangan, adakan rundingan, bincang syarat pembelian dll b) Penjualan – pengurus kenal pasti lokasi pelanggan, komunikasi, pengiklanan, penjualan, maklum balas dll.
a) Pengangkutan - libatkan pegerakan fizikal produk dari penjual kepada pembeli, pengurus kenal pasti jenis pengangkuta, jadual penghantaran, proses tempahan dll b) Penstoran – libatkan penyimpanan input / barangan sehingga dijual, pengurus perlu lakukan aktiviti pengurusan inventori, pergudangan, keselamatan produk dll
a) Mengambil risiko – risiko kecurian, kerosakan, kebakaran dll, syarkat perlu ambil insurans, jaga keselamatan dan kawal produk dll. b) Pemiawaian dan pengredan – bertujuan memnetapkan kuantiti dan kualiti produk, melabel jenis produk, mengkategori produk dll, ada atas arahan kerajaan seperti tanda halal, tarikh luput dll. c) Pembiayaan – melibatkan pemberian kredit kepada pelanggan, tempoh, jumlah danjenis kredit dll. d) Maklumat pasaran – pengurus harus dapatkan dan analisis maklumat pasaran, tentukan apa yang harus dibeli dan jual, perlu kenal pasti keperluan dan kehendak pelanggan dan penuhinya iii) Hala tuju sistem pemasaran 1. Organisasi berorientasikan pasaran 2. Pemasaran berorientasikan perhubungan 3. Pengurusan kualiti menyeluruh 4. Pemasaran hijau 5. Pemasaran global i) Falsafah pengurusan pemasaran n Pendekatan pengeluaran – merujuk kepada orientasi pengurusan pemasaran yang mengandaikan bahawa pengguna akan membeli produk yg terdapat di pasaran n Pendekatan penjualan – mengandaikan bhw pengguna akan membeli produk dari sesebuah syk sekiranya syk tersebut menjalankan promosi dan usaha yg aktif dlm memasarkan produk mrk n Pendekatan pemasaran moden – orientasi pengurusan pemasaran yg memerlukan komitmen seluruh orgaisasi utk diarahkan kpd memuaskan keperluan pelanggan bg mencapai satu tahap keuntungan. ii) Pendekatan strategik n Melibatkan proses membentuk dan menyelenggara matlamat dan keupayaan organisasi dengam menyesuaikan peluang-peluang yang ada di pasaran dgn perubahan persekitaran. n Ini termasuk pembentukan objektif dan polisi organisasi yg akan menentukan hala tuju organisasi pd masa hadapan. n Apabila misi dan objektif telah ditakrifkan, perancangan portfolio perniagaan perlu diwujudkan. n Pembentukan portfolio merujuk kpd tindakan mengenal pasti dan menilai pelbagai peluang perniagaan yg ada dlm syk.
- mempunyai kadar pertumbuhan pasaran yg tinggi dan syer pasaran relatif yg tinggi - memerlukan pelaburan yg besar utk biayai pertumbuhan yg cepat - kadar pertumbuhan akan berkurangan dan keluaran akan menjana keuntungan semasa
- mempunyai kadar pertumbuhan pasaran yg rendah dan lambat serta syer pasaran relatif yg tinggi - keluaran punyai kedudukan yg stabil dan berjaya dlm pasaran serta perlukan sedikit sahaja pelaburan utk pertahankan syer pasaran - keluaran dapat hasilkan aliran tunai yg byk utk syk bg biayai keluaran dlm portfolio
- keluaran punyai kadar pertumbuhan pasaran yg tinggi ttp syer pasaran relatif yg rendah - keluaran perlukan byk dana utk pertahankan syer pasaran ttp potensi keluaran masih belum ketahui
- keluaran punyai kadar pertumbuhan dan syer pasaran relatfi yg rendah - keluaran mungkin alami kerugian atau hasilkan pulangan yg sekadar cukup utk menampung pelaburan - jenis portfolio perniagaan - proses pemasaran i) Model gelagat pengguna ii) Faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna Faktor-faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna · Faktor demografi - umur - Pendidikan - Bangsa - Jantina - Agama - Saiz keluarga · Faktor psikologi - motivasi - persepsi - personaliti - sikap - pembelajaran - pengalaman · Faktor psikografi - Budaya / sub-budaya - Kelas sosial - Keluarga / rakan - Kumpulan rujukan / aspirasi - Citarasa / minat / kegemaran · Faktor campuran pemasaran - tempat - produk - harga - promosi · Faktor situasi - tempat membeli - masa membeli - faedah menggunakan produk - tujuan membeli - cara pembayaran (tunai, ansuran, kad kredit) Kaitan faktor di atas dengan pembelian rumah dan ubat gigi
iii) Jenis-jenis keputusan pembelian - proses pembelian barangan pengguna - proses pembelian barangan baru - proses pembelian barangan industri Langkah-langkah pembelian barang pengguna · Mengenalpasti keperluan - keperluan pengguna muncul daripada masalah yang dihadapi - keperluan mungkin dirangsang oleh faktor dalaman (keperluan pengangkutan) atau faktor luaran (iklan kereta kancil yang disiarkan di dalam akhbar) · Mencari maklumat - mencari maklumat lanjut tentang produk yang hendak dibeli - mendapat maklumat daripada pelbagai sumber seperti sumber komersial, peribadi, awam mengumpul maklumat yang cukup bergantung pada masa yang diperuntukkan untuk membuat keputusan - maklumat yang dicari / dikumpul termasuklah harga, fungsi produk, kelebihan produk, di mana boleh diperolehi dan cara pembayaran, jenis produk dan lain-lain · Menilai alternatif - kriteria-kriteria setiap alternatif difikirkan dan dipertimbangkan - setiap alternatif dinilai dari segi kebaikan dan kelemahan - penilaian alternatif juga bergantung kepada nasihat jurujual, rakan dan keputusan-keputusan yang pernah dibuat pada masa lalu · Membuat pembelian - pengguna memilih alternatif terbaik - alternatif terbaik ialah kelebihan-kelebihan yang ada pada produk · Gelagat selepas belian - langkah-langkah selanjutnya diambil oleh pengguna selepas pembelian iaitu berpuas hati, kecewa, kurang pasti dan lain-lain - memberitahu kepuasannya kepada rakan-rakan - berasa ragu-ragu dan meminta nasihat daripada pihak lain iv) Penyelidikan pemasaran i) Pemetakan pasaran Maksud pasaran Tempat di mana kedua-dua pihak pembeli dan penjual membuat pertukaran terhadap barangan dengan harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Maksud pemetakan pasaran Proses membahagikan pasaran kepada beberapa kumpulan pembeli yang mempunyai keperluan, ciri-ciri atau kelakuan yang berbeza yang memerlukan keluaran dan campuran pemasaran yang berlainan. Ciri-ciri pemetakan pasaran § Geografi - dipengaruhi oleh faktor muka bumi, cuaca, iklim dan topografi dan lain-lain § Demografi - meliputi pendapatan, jantina, agama, umur, bangsa, pendidikan dan lain-lain § Psikografi - meliputi kelas sosial, gaya hidup dan personaliti § Kelakuan - merangkumi pengetahuan, sikap, penggunaan dan tindak balas pembeli terhadap sesuatu keluaran § Faedah - menerima / menyempurnaan kehendak / citarasa pengguna Kepentingan pemetakan pasaran § Membolehkan pemasar membentuk campuran pemasaran yang sesuai - mengenalpasti 4P yang berkesan - contoh promosi dijalankan beli peti ais akan diberi sebuah seterika secara percuma § Menumpukan kepada segmen / bahagian yang dikenalpasti - merancang persaingan dan mengelakkan persaingan / mengkaji ciri-ciri pasaran dari segi geografi, demografi, psikografi dan kelakuan - contoh § Merancang dan memperbaharui produk mengikut keperluan asas pemetakan - mewujudkan keperluan baru - Contoh DVD, remote control dan lain-lain § Merancang strategi pemasaran yang sesuai - merancang kaedah persaingan - contoh jualan dengan bayaran ansuran setelah syarikat lain melancarkan skim bayaran mudah § Mengenalpasti peluang pasaran bagi produk sedia ada - mengkaji ciri-ciri pasaran dari segi geografi, demografi, psikografi dan kelakuan bagi menentukan potensi dan pasaran produk sedia ada - contoh peluang TV berukuran 29 inci dijual di luar bandar sangat tipis Asas-asas pemetakan pasaran pengguna · pemetakan geografi - wilayah - negara - saiz negeri - saiz bandar - keadaan cuaca - keadaan muka bumi - kepadatan populasi · pemetakan demografi - umur - jantina - kuasa beli - pekerjaan - Pendidikan - Pendapatan - Bangsa - Agama - Saiz keluarga · pemetakan psikografi - kelas sosial - gaya hidup - personaliti · pemetakan gelagat / tingkah laku - amaun penggunaan - status penggunaan - kadar penggunaan - kesetiaan jenama - kepentingan faedah - sikap terhadap produk · pemetakan faedah / manfaat - produk boleh selesai masalah
iii) Sasaran pasaran Sasaran pasaran § Kumpulan pengguna yang mempunyai keperluan dan kehendak yang serupa § Kumpulan pengguna yang mempunyai minat terhadap produk yang serupa § Pasaran yang ingin ditumpu perhatian oleh syarikat yang mengeluarkab sesuatu produk § Dilakukan selepas pemetakan pasaran
iii) Peletakan pasaran Peletakan pasaran § Menonjolkan ciri-ciri produk sesuai dengan persepsi pengguna terhadap kehendak dan keperluan mereka dan dapat membezakan produk dengan pesaing lain § Dilakukan selepas aktiviti pemetakan pasaran dan sasaran pasaran i) Produk - definisi Maksud keluaran. - barangan / produk / perkhidmatan / idea / organisasi / tempat / individu yang dijual / ditawarkan di pasaran - yang mempunyai ciri-ciri yang dapat menarik perhatian, dapat diniliki, digunakan dan mempunyai faedah psikologi serta faedah fizikal - yang boleh memuaskan kehendak pengguna - contoh ; Memasarkan satu produk baru. i. Kesedaran – mewujudkan kesedaran melalui iklan, publisiti ii. Minat – menimbulkan minat melalui proses pemasaran dengan menekankan kelebihan produk iii. Keinginan – mewujudkan keinginan melalui aktiviti promosi dengan cara menggalakkan pengguna mencuba dan pemberian sampel percuma iv. Penerimaan – meyakinkan pengguna untuk membeli melalui pujukan dan rayuan (diskaun dan bayaran mudah ) Fungsi pembungkusan sesuatu produk · Melindungi produk · Membahagikan produk kepada unit-unit tertentu (saiz) · Memudahkan penyimpanan · Memudahkan pengangkutan · Strategi promosi – imej / penjenamaan / pembezaan produk · Menarik perhatian pelanggan · Menambah nilai produk - ciri-ciri produk Tiga ciri keluaran bagi perkhidmatan pengangkutan bas awam. - Produk teras § Meliputi semua faedah utama yang ingin diperoleh daripada pembelian sesuatu produk. Ianya merupakan sebab utama suatu pembelian dibuat § Konsumer menggunakan produk pengangkutan bas awam kerana ingin mendapatkan kemudahan bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dalam kehidupan seharian mereka - Produk ketara § Juga dikenali sebagai produk sebenar / semua ciri atau sistem yang terdapat pada produk / perkhidmatan § Yang dibeli oleh konsumer. Reka bentuk bas yang selesa dan selamat untuk memudahkan pengguna untuk sampai ke destinasi yang dituju tepat pada waktu - Produk sampingan § Merupakan faedah tambahan yang diingini oleh pengguna § Termasuk jenama (bas ekspres / bas eksekutif) / jaminan perkhidmatan (mengikut jadual / sampai tepat masa dan selamat) / pakej-pakej tertentu (hiburan / makanan / layanan ) / kad diskaun. - klasifikasi produk Ciri-ciri keluaran mengikut klasifikasi. - barangan mudah beli § barangan yang dibeli dengan masa dan usaha paling minimum § produk ini kerap dibeli’ § harga produk adalah murah dan konsumer tidak membuang masa untuk membuat perbandingan harga dan kualiti § merangkumi tiga jenis – barangan asas, kecemasan dan gerak hati - barangan beli belah § merupakan barangan yang jarang dibeli – mungkin sebulan sekali atau setahun sekali § pembelian dibuat setelah dibuat tinjauan dan perbandingan harga dan kualiti untuk mengelak risiko tersilap membeli § antara ciri-ciri – mempunyai gaya, jaminan produk, perkhidmatan lepas jualan dan lokasi kedai yang strategik - barangan istimewa § barangan yang mempunyai ciri yang unik yang disukai konsumer dari aspek jenama, gaya § pengguna sanggup menghabiskan masa / berusaha untuk mencari dan mendapatkan barangan ini § pengguna tidak akan berkira tentang kos yang dibelanjakan untuk memiliki barangan ini - barangan tidak dicari § barangan yang tidak diketahui kewujudannya oleh pembeli di pasaran § pengguna tidak merasa desakan untuk memilikinya memerlukan banyak maklumat - keputusan produk individu - keputusan barisan produk - keputusan campuran produk Kelebaran campuran produk – merujuk kepada bilangan / lini produk yang ditawarkan kepada pengguna Cth : Produk Christian Dior menawarkan kosmetik, kasut, beg tangan, baju dll Kedalaman campuran produk – merujuk kepada bilangan item produk yang terdapat dalam 1 barisan produk Cth : Nestle menawarkan produk tenusu seperti susu pelbagai perasa – vanila, strawberi, coklat dll - kitaran hayat produk
- jualan kurang / kecil, kadar pertumbuhan perlahan - kos seunit tinggi – tiada ekonomi skel dinikmati - margin tinggi - keuntungan positif / negatif - persaingan tiada / belum kuat - pelanggan kurang / tidak ramai - cabaran bagaimana untuk meningkatkan jualan dan pasaran
- kadar pertumbuhan pesat / cepat, jualan semakin meningkat - kos seunit menurun - margin merosot kerana pesaing mula memasuki industri - persaingan semakin sengit. Oleh itu harga jualan terpaksa turun supaya kompetitif - keuntungan meningkat / tinggi - pelanggan semakin bertambah - cabaran bagaimana untuk mengekalkan pasaran
- kadar pertumbuhan yang perlahan (lebih perlahan berbanding peringkat pertumbuhan) - kos seunit berada di tahap yang minimum / rendah - untung stabil - margin stabil - persaingan stabil - pelanggan stabil / setia - cabaran bagaimana mengekalkan pelanggan yang setia dan bagaimana menguruskan kos untuk mencapai kecekapan.
- kadar pertumbuhan negatif / jualan merosot dengan hebat - kos seunit meningkat semula - untung merosot / rugi - margin merosot - persaingan sengit. Firma pesaing yang lemah terpaksa keluar dari industri. - Pelanggan cuba mencari barang gantian - Cabaran bagaimana menguruskan jualan yang semakin turun / bagaimana untuk berinovatif dan kreatif dalam membuat modifikasi produk / mencari pasaran baru atau produk baru Strategi pemasaran mengikut peringkat kitaran hayat produk
1. produk – perkenalkan produk baru / memastikan ciri produk memenuhi keperluan dan kehendak minimum pengguna 2. promosi – memberi barang contoh / dijalankan untuk kesedaran produk 3. harga – setanding dengan produk pesaing 4. agihan – dijalankan secara selektif. Contoh jualan bersemuka 5. fokus – promosi untuk meningkatkan kesedaran produk / menggalakkan pengguna mencuba
1. produk – perlu mempunyai ciri-ciri produk yang ‘leading’ 2. promosi – menjalankan promosi yang intensif 3. harga – peletakan harga yang kompetitif 4. agihan – cuba mengagihkan produk secara meluas / intensif 5. fokus – pengurusan 4P secara berkesan
1. produk – meningkatkan ciri-ciri produk / mempelbagaikan produk 2. promosi – dikurangkan berbanding dengan peringkat pertumbuhan / promosi bertujuan mengekalkan kesetiaan pelanggan 3. harga – diturunkan / terpaksa meletak pada harga yang kompetitif 4. agihan – diagihkan secara intensif 5. fokus – saluran agihan dipilih agar dapat mengekalkan volum jualan
1. produk – mencari produk baru untuk dipasarkan / meningkatkan kedalaman produk yang sedia ada 2. promosi – mengekalkan promosi / menekankan ciri-ciri atau manfaat baru 3. harga – diletakkan rendah / kompetitif untuk terus berada dalam industri 4. agihan – mencari pasaran baru bagi produk / agihan yang intensif (habiskan stok) 5. fokus – peremajaan produk diadakan / melanjutkan usia produk / mencari pasaran baru ii) Pengedaran - pengenalan saluran agihan - tingkah laku saluran agihan - reka bentuk saluran agihan - pengurusan saluran agihan - pengurusan logistik dan agihan fizikal - peruncitan - agen - pemborongan iii) Penentuan Harga - faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan penentuan harga 1) Faktor-faktor dalaman
- survival (untuk terus hidup) perlu letakkan harga rendah supaya permintaan meningkat - current profit (pemaksimuman untung semasa) iaitu pilih harga yang akan menghasilkan pemaksimuman keuntungan semasa, aliran tunai / pulangan atas pelaburan - pemimpin dalam pasaran iaitu untuk menguasai pasaran, harga perlu rendah - pemimpin dalam kualiti produk iaitu kualiti terbaik dapat jual tinggi
- harga penting dalam faktor perletakan produk yang akan menentukan pasarannya, persaingan dan reka bentuk - perlu pertimbangkan campuran pemasaran iaitu dalam penentuan harga, contoh kualiti produk, promosi dan pengedaran
- menjadi penentu dalam penentuan harga - harga yang diletakkan dapat menampung kos pengeluaran, pengedaran, dan jualan produk serta kos penghantaran. - Kos per unit ditentukan oleh kuantiti yang dikeluarkan (banyak / sedikit)
- syarikat kecil ditentukan oleh pengurusan atasan - syarikat besar diuruskan oleh pengurus barisan produk atau oleh pengurus bahagian - pasaran industri jurujual dibenarkan berunding dengan pelanggan (dalam lingkungan harga tertentu) 2) Faktor-faktor luaran · Keadaan pasaran dan permintaan - pasaran sama ada pasaran sempurna, monopolistik, ologopolistik ataupun monopoli - permintaan sama ada anjal atau tidak anjal · Persaingan - kos dan harga pesaing - reaksi pesaing atau pergerakan harga yang dibuat oleh syarikat · Keadaan ekonomi / persekitaran – contoh meleset, inflasi, kadar faedah · Reseller (orang tengah) – reaksi mereka atas harga · Kerajaan – campur tangan · Tanggungjawab sosial - penentuan harga umum - penentuan harga produk baru - strategi penentuan harga campuran produk Strategi penentuan harga campuran produk · Penentuan harga barisan / lini produk - menetapkan harga secara bertingkat-tingkat antara item barisan produk - contoh pakaian lelaki RM185 (kualiti rendah), RM 285 (kualiti sederhana), RM385 (kualiti tinggi) · Penentuan harga tawanan /’Captive product’ - menetapkan harga bagi produk yang mesti digunakan bersama produk utama - contoh mata pisau cukur, filem kamera, perisian komputer · Penentuan harga produk pilihan /’Optional product’ - menawarkan untuk menjual barang-barang pilihan / aksesori bersama produk utama - contoh pembeli kereta diberi pilihan untuk membeli ‘power windows’, radio dengan CD · Penentuan harga produk sampingan - pengeluaran produk utama bersama-sama dengan produk sampingan - contoh pengeluaran petroleum bersama-sama dengan gas asli. · Penentuan harga produk secara ‘Bundle’/ pakej / ikatan - kombinasi beberapa produk dan ditawarkan pada harga yang rendah contoh hotel harga secara pakej termasuk bilik, sarapan dan hiburan - strategi penyelarasan harga Harga psikologi - harga yang dilekatkkan mensasarkan kepada emosi, perasaan, persepsi dan tidak mengikut rasional pelanggan. - Tujuan harga psikologi adalah untuk menarik perhatian dan mempengaruhi pelanggan - Contoh : harga tidak diletakkan dalam angka bulat, peniaga meletakkan harga seperti RM99.90 dan tidak meletakkan harga RM100. Ini kerana harga yang tidak dibulatkan kelihatan lebih rendah daripada harga yang telah dibulatkan walaupun perbezaan harga itu hanyalah RM0.10 sahaja - Contoh : meletakkan harga RM888 yang boleh mempengaruhi pembelian cina kerana angka 8 merupakan angka yang membawa tuah mengikut orang cina. - perubahan harga iv) Promosi - tujuan promosi - langkah-langkah dalam mengembangkan komunikasi yang berkesan Langkah-langkah dalam mengembangkan komunikasi yang berkesan untuk tujuan promosi. i. Mengenal pasti pengguna sasaran - jenis-jenis sasaran (bakal pembeli, pembeli, pembeli ulangan) ii. Menentukan objektif komunikasi - memberi pengetahuan / kesedaran tentang kewujudan produk - penerangan cara penggunaan / kelebihan - memujuk iii. Reka bentuk mesej - AIDA (Awareness, Interest, Desire, Acceptance) - Kandungan - Struktur - format iv. Memilih saluran komunikasi - elektronik - bahan bercetak - bersemuka - publisiti v. Mengukur keberkesanan komunikasi - mudah difahami - kekerapan - kesan kepada jumlah belian pembeli - penetapan belanjawan promosi Tiga kaedah penetapan belanjawan promosi. i. Kaedah peratusan jualan - peratusan jualan terdahulu dan jangkaan jualan masa hadapan - ditentukan berdasarkan pengalaman ii. Kaedah ikut kemampuan - ikut sumber kewangan yang dipunyai oleh syarikat - baki pendapatan setelah ditolak semua pada operasi dan pelaburan iii. Kaedah pesaing - memadankan dengan perbandingan pesaing - elak dari kehilangan pasaran iv. Kaedah objektif dan tugas - untuk tujuan apa - senarai tugas / petugas yang terlibat semasa buat promosi - campuran promosi: pengiklanan, promosi jualan, publisiti dan perhubungan awam, jualan bersemuka Campuran promosi § Pengiklanan § Promosi jualan § Jualan peribadi § Pemasaran langsung § Perhubungan awam dan publisiti § Telepemasaran / e-pemasaran - perubahan dalam komunikasi pemasaran | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3.2 PENGELUARAN 3.2.1 Definisi dan peranan 3.2.2 Proses pengeluaran 3.2.3 Perancangan 3.2.4 Jenis-jenis pengeluaran 3.2.5 Kawalan Kualiti 3.2.6 Kawalan Inventori 3.2.7 Penyenggaraan peralatan 3.2.8 Konsep pengurusan pengeluaran moden | i) Definisi ii) Latar belakang - evolusi pengurusan pengeluaran - kepentingan pengurusan pengeluaran - cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengeluaran - perhubungan Jabatan Pengeluaran dengan Jbt. Pemasaran, Kewangan dan Sumber Manusia · Jabatan Pemasaran mendapat tempahan produk dari pelanggan dan memaklumkan tempahan (maklumat) kepada Jabatan Pengeluaran · Jabatan Pengeluaran membuat produk mengikut spesifikasi yang dikenal pasti oleh Jabatan Pemasaran · Jabatan Pengeluaran menghasilkan jumlah produk berasaskan rancangan jualan yang dibuat oleh Jabatan Pemasaran · Jabatan Pengeluaran membuat perubahan atau penambahbaikan produk berdasarkan maklumat pelanggan yang diberi kepada Jabatan Pemasaran · Jabatan Pengeluaran mengeluarkan produk – Jabatan Pemasaran memasarkan dan menjual produk tersebut · Jabatan Pemasaran menjalankan penyelidikan pemasaran untuk mengetahui kehendak pelanggan dan menyalurkan maklumat untuk Jabatan Pengeluaran membina produk Jabatan Pengeluaran membuat penyelidikan dan pembangunan (R & D) untuk disalurkan kepada Jabatan Pemasaran tentang penemuan baru produk syarikat. i) Sistem pengeluaran Kawalan awalan · Takrif pengawalan ke atas input seperti tenaga kerja, bahan mentah, method dan mesin · Aktiviti dijalankan sebelum aktiviti bermula · Tujuan mengelakkan pemesongan Kawalan semasa · Takrif pengawalan pada peringkat proses penukaran input kepada output · Aktiviti memasang, mencantum, menggred, mengawet, mengadun · Tujuan menyisih barang cacat daripada proses Kawalan selepas · Takrif kawalan dibuat setelah aktiviti pengeluaran tamat/ · Aktiviti menyemak output, membandingo utput dengan standard, membuat pembetulan · Tujuan tindakan pembetulan / pembaikan terhadap proses ii) Subsistem pengeluaran i) Lokasi kilang - objektif - faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam penentuan lokasi Faktor-faktor yang menentukan lokasi kilang § Tenaga buruh – kos, kemahiran, bilangan § Kos pengangkutan – jenis pengangkutan, kos pengangkutan § Bahan-bahan mentah – kualiti § Politik dan insentif – kestabilan politik, cukai yang dikenakan § Topografi – iklim, cuaca, geografi, kos tanah § Kemudahan awam – sekolah, hospital, kedai runcit, pasar § Pengguna dan pasaran – jarak, kuasa beli § Kos utiliti – air, elektrik, gas dan telefon § Sikap komuniti ii) Susun atur kilang - objektif - jenis susun atur; secara tetap, proses dan produk Susun atur kilang i. Susun atur tetap · Proses pengeluaran kekal di satu lokasi di mana semua input pengeluaran seperti bahan mentah, tenaga kerja, mesin, peralatan dibawa ke lokasi tersebut · Proses pengeluaran kekal / tetap di satu lokasi sehingga produk tersebut siap · Lazimnya bagi pengeluaran produk yang mempunyai ciri-ciri seperti produk yang berat, mudah pecah, digunakan di lokasi berkenaan · Contoh : Pembinaan-pembinaan rumah, kapal laut, lebuh raya, jambatan, empangan, kapal terbang ii. Susun atur proses · Penyusunan semua input pengeluaran seperti mesin, tenaga kerja, bahan mentah dan peralatan disusun mengikut fungsi kerja · Penghasilan produk tidak seragam / berbeza mengikut kuantiti keluaran · Pengeluaran dalam kumpulan · Pelanggan yang berbeza mengikut keperluan perkhidmatan yang diigini · Sumber-sumber digunakan secara bersama oleh pekerja yang berbeza · Contoh : bengkel membaiki kereta, perkhidmatan bank, bengkel perkayuan, kek tempahan, perkhidmatan hospital iii. Susun atur produk · Semua input pengeluaran bahan mentah, tenaga kerja, mesin, peralatan, disusun khusus mengikut urutan penghasilan sesuatu produk · Penghasilan produk yang seragam · Pengeluaran dalam kuantiti yang banyak · Lini / barisan pemasangan · Contoh : Pengeluaran-pengeluaran automobil, kasut, komputer, barangan elektrik, pemprosesan makanan, atau pakaian i) Mengikut tempahan § Pengeluaran mengikut tempahan/projek/tetap - atas permintaan - spesifikasi khusus/unik - nilai tinggi - tempoh tidak menentu - inventori kosong - pempiawaian rendah - volum pengeluaran rendah ii) Secara massa § Pengeluaran secara massa/lini - keluaran seragam - volum banyak - berjadual - berterusan - berulangan iii) Secara kelompok § Pengeluaran secara berkelompok - mengikut kelompok - tempoh masa khusus dari mula sampai akhir - spesifikasi berasaskan kelompok i) Definisi ii) Objektif iii) Alat kawalan kualiti - kawalan proses secara statistik (SPC) iv) Pemeriksaan - pemeriksaan menyeluruh - pelan persampelan i) Definisi ii) Objektif iii) Pengurusan inventori (ABC/EOQ/JIT) Andaian yang diambil kira dalam model EOQ. · Permintaan terhadap bahan berkenaan dapat dikenal pasti dengan tepat · Permintaan sentiasa malar · Item diperoleh dalam saiz lot dan diterima sekaligus · Tiada kekangan atau had ke atas saiz lot · Hanya dua kos yang terlibat iaitu kos pesanan dan kos pegangan · Diskaun kuantiti tidak diambil kira · Masa menunggu dikenal pasti dan bersifat malar Kaedah lain yang digunakan untuk mengurus inventori. I. Kaedah JIT – Just-in-time § Pengamalan sistem ‘ tarik’ terhadap bahan § Penghantaran tepat masa § Pengekalan kualiti yang tinggi secara konsisten § Penekanan kepada minimum inventori / saiz lot inventori yang sekecil mungkin § Beban stesen kerja yang seragam § Hubungan rapat dengan pembekal dan boleh dipercayai § Keanjalan tenaga kerja § Susun atur proses pengeluaran mengikut produk § Penyenggaraan mesin menekankan pencegahan § Komponen dan kaedah kerja yang sama § Masa penyediaan yang pendek II. Kaedah ABC § Firma membawa berbagai jenis inventori § Mengenal pasti item-item penting dari segi kos § Kawalan berdasarkan kepada tahap-tahap nilai ringgit penggunaan § Pengelasan inventori kepada tiga inventori: A (kos tinggi), b(kos sederhana, C (kos terendah) § Satu ramalan permintaan yang tepat terhadap barang § Item terpenting diberikan kawalan ketat: sederhana penting diberi kawalan sederhana; rendah diberi kawalan biasa i) Definisi ii) Objektif iii) Kaedah penyenggaraan i) Pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) - definisi Definisi TQM § Kualiti adalah hak semua § Kualiti melibatkan semua individu § Pengurusan kualiti menyeluruh memerlukan sokongan dan komitmen dari pengurusan atasan § Kualiti datang dari pelanggan dan berbalik kepada pelanggan § Kualiti didefinisikan oleh pelanggan dan bukan dari pengeluar - objektif Dua objektif TQM § Memuaskan kehendak pelanggan § Mencapai tahap kecekapan yang tinggi - latar belakang - prinsip-prinsip Prinsip-prinsip TQM § Fokus kepada pelanggan § Kepimpinan yang cekap dan berkesan § Mengurus dengan fakta § Penambahbaikan berterusan § Pemberian kuasa kepada pekerja membuat keputusan § Memerlukan kerja berpasukan § Lebih kepada pencegahan dan bukan penyelesaian masalah § Melibatkan seluruh organisasi dan setiap anggota. - kebaikan Rintangan - Tiada kemahiran pelaksanaan - Tiada peruntukan kos/tinggi - Syarikat kecil – tidak mampu menanggung kos Manfaat - Jimat masa - Kualiti - Kurang membazir - Meningkatkan produktiviti - Meningkatan keuntungan ii) ISO 9000 (Intl. Orgn for Standardisation) - maksud ISO 9000 Maksud ISO 9000 Satu set kawalan piawai pengeluaran yang memerlukan pendokumentasi dan pematuhan untuk sesuatu program kualiti bagi menghasilkan tindakan/output yang seragam - cara-cara untuk mendapat ISO 9000 iii) Merekayasa (reengineering) - definisi Kajian semula yang menyeluruh ke atas proses-proses kerja yang kritikal dalam organisasi dan merekabentuk semula proses-proses untuk menjadikannya lebih cekap dan berupaya memberikan kualiti yang lebih baik - objektif - kebaikan iv) Rekabentuk Bantuan Komputer/ Pembuatan Bantuan Komputer (CAD/CAM) - definisi - objektif - kebaikan Kebaikan penggunaan perisian Reka Bentuk Bantuan Komputer(CAD). · Tujuan diguna semula / modifikasi / rekabentuk semula · Tempoh masa mereka bentuk produk lebih pendek · Membolehkan analisis rekabentuk dibuat dengan lebih mudah dan pantas · Mengurangkan kos rekabentuk dengan mengurangkan kesilapan · Meningkatkan kualiti dan produktiviti Xtra: Pembuatan luwes – satu sistem pengeluaran yang boleh mengeluarkan pelbagai produk dengan cepat - satu mesin yang boleh digunakan untuk pelbagai produk Kebaikan - Tidak memerlukan ramai pekerja maka dapat mengurangkan kos buruh - Masa penyediaan yang pendek maka mengurangkan kos penyediaan dan memungkinkan campuran produk dilakukan - Kerja-kerja penjadualan dan jadual laluan bahan dikendalikan oleh komputer - Dapat meningktakan penggunaan mesin-mesin - Output dengan kualiti yang lebih konsisten dapat dihasilkan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3.3 KEWANGAN 3.3.1 Definisi dan peranan 3.3.2 Penyata kewangan 3.3.3 Objektif kewangan 3.3.4 Sumber dana 3.3.5 Penggunaan dana 3.3.6 Perancangan kewangan (belanjawan) 3.3.7 Insurans | i) Definisi ii) Kaitan kewangan dengan bidang lain iii) Peranan pengurus kewangan i) Penyata pendapatan ii) Kunci kira-kira iii) Penyata Aliran Dana i) Memaksimumkan keuntungan syarikat ii) Memaksimumkan kekayaan pemegang saham syarikat i) Jenis - ikut jangka masa - ikut tuntutan (hutang, ekuiti, dll) i) Jenis - jangka pendek - jangka panjang i) Penyata perancangan kewangan - penerimaan wang - pembayaran wang - aliran wang bersih - lebihan/kurangan wang i) Definisi ii) Peranan iii) Prinsip iv) Prinsip Takaful v) Jenis-jenis vi) Ganti rugi/jaminan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3.4 SUMBER MANUSIA 3.4.1 Definisi dan peranan 3.4.2 Perancangan sumber manusia 3.4.3 Pengambilan tenaga manusia 3.4.4 Latihan dan pembangunan 3.4.5 Penilaian 3.4.6 Faedah, ganjaran, dan tindakan disiplin 3.4.7 Penyelenggaraan pekerja 3.4.8 Perhubungan industri | i) Definisi ii) Peranan dan kepentingan iii) Fungsi Jabatan Sumber Manusia iv) Cabaran i) Definisi ii) Proses perancangan sumber manusia iii) Sumber tenaga - dalaman - luaran i) Analisis kerja - penghuraian kerja - spesifikasi kerja ii) Pengrekrutan - dalaman - luaran iii) Pemilihan - borang permohonan - semakan rujukan - temu duga - ujian iv) Penawaran kerja - syarat perkhidmatan v) Induksi - tujuan - kandungan program - masalah pelaksanaan i) Definisi ii) Peranan dan kepentingan iii) Pembentukan dan pelaksanaan program iv) Jenis-jenis latihan yang dikendalikan serta kebaikan dan kelemahannya i) Definisi ii) Peranan dan kepentingan iii) Kaedah-kaedah iv) Ciri-ciri penilaian yang berkesan v) Masalah dalam penilaian i) Faedah dan ganjaran - bentuk wang - bukan wang - penentu-penentu ganjaran ii) Tindakan disiplin - definisi - proses dan masalah dalam tindakan disiplin - hukuman i) Peranan dan kepentingan ii) Aspek penyelenggaraan - keselamatan - kesihatan - jaminan kerja i) Definisi - perhubungan industri - kesatuan sekerja ii) Fungsi kesatuan sekerja iii) Kaedah mengekalkan hubungan harmonis antara majikan dengan pekerja |