Sunday, November 7, 2010

TRIAL PAHANG- PP2 - JAWAPAN SOALAN 6

SOALAN 6

Seorang usahawan dari Negara Jepun akan membuka kilang pembuatan kereta di Malaysia.

a)

  1. Jelaskan tiga cabaran yang akan dihadapi oleh usahawan tersebut dari aspek politik, ekonomi dan sosiobudaya.
  2. Terangkan lima risiko yang akan dihadapi oleh usahawan tersebut.

[9]

[10]

b)

Huraikan tiga objektif perlindungan perdagangan dalam pasaran domestic yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

[6]

Jawapan:

a)

i) tiga cabaran yang akan dihadapi oleh usahawan tersebut

  1. Politik – cabaran dlm bidang politik:

a) Perbezaan ideology dan fahaman

b) Sikap kerajaan dan parti pemerintah

c) Undang2 dan peraturan

d) Masalah kepenggunaan, kuota, tariff dll

  1. Ekonomi – kitaran ekonomi dunia

a) Sistem kapitalis, sosialis, sistem campuran

b) Cabaran lain – pertukaran mata wang asing, kadar inflasi, kemelesetan, perubahan kadar cukai, KDNK dll

  1. Sosiobudaya – kombinasi ciri2 kelakuan, tabiat, kemahiran, dan institusi yg telah dibentuk dan diramal oleh sekumpulan masyarakat yg berbeza2 budaya antara satu sama lain. Aspek perbezaan budaya dari segi:

- Bahasa, nilai social, agama, pendidikan dan latar belakang, struktur masyarakat

ii) Lima jenis risiko:

  1. Risiko Kadar Faedah

- Disebabkan turun naik kadar faedah

- Member kesan atau nilai asset kewangan – modal, keuntungan, kos

- Mempengaruhi nilai pinjaman kewangan

  1. Risiko Kredit

- Ketidakmampuan syk membayar hutang atau pinjaman beserta dgn kadar faedah- muflis, kemelesetan, bencana dll

- Lambat dlm menjelaskan hutang

  1. Risiko Kadar Pertukaran Asing

- Perubahan dlm kadar pertukaran asing yg mengalami turun naik nilai matawang berbanding Negara lain

- Kawalan pertukaran Asing yg ketat

  1. Risiko Politik

- Risiko terhadap kerugian yg disebabkan oleh sesuatu yg berlalu yg member kesan ke atas firma yg melabur di Negara tersebut. Cthnya: peperangan, rusuhan akum, pemberontakan dll

  1. Pemiliknegaraan

- Perubahan dlm pemerintahan atau sistem politik di mana pihak kerajaan akan mengambilalih firma asing sama ada dgn membayar pampas an atau sebaliknya. Kerajaan memiliknegarakan firma asing utk faedah kpd Negara shj

  1. Penghantaran Balik Tunai/Dividen

- Wujud apabila kerajaan menghadkan / mengadakan sekatan kpd firma asing yg ingin membawa keluar hasil keuntungan ke Negara asal

b)

tiga objektif perlindungan perdagangan dalam pasaran domestic yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan:

  1. Melindungi industry penting tempatan:

- Industry tempatan yg baru dan sukar bersaing di peringkat antara bangsa

- Persaingan dgn perniagaan asing yg telah lama beroperasi dan mempunyai daya saing tinggi membolehkan penyingkiran perniagaan baru

  1. Mempelbagaikan ekonomi

- Menumpu pada sector perkilangan merupakan satu usaha utk mempelbagaikan sector ekonomi sesebuah Negara membangun

- Sector perkilangan yg dijalankan oleh Negara sedang membangun menghadapi persaingan dpd Negara maju di mana dasar perlindungan membantu Negara sedang membangun mencapai matlamat mempelbagaikan ekonomi Negara

  1. Menggalakkan perkembangan industry baru

- Industry baru perlu mendapatkan perlindungan krn menghadapi kos pengeluaran yg tinggi berbanding dgn perniagaan luar Negara

- Perlindungan perdagangan antarabangsa seperti tariff import yg tinggi membolehkan firma baru bersaing di pasaran dlm negeri

  1. Melindungi peluang pekerjaan

- Peluang2 pekerjaan perlu dikekalkan bg mengimbangi inflasi melalui dasar perlindungan ini

- Ia secara tidak langsung akan melindungi firma tempatan utk bersaing dr sumber manusia

  1. Mengatasi imbangan perdagangan negative

- Imbangan perdagangan negative berlaku apabila Negara lebih byk mengimport barangan dpd mengeksport barangan

- Melalui perlindungan perdagangan antarabangsa ke atas barangan bukan modal boleh membantu Negara utk mengimbangi imbangan perdagangan yg negatif

TRIAL PAHANG- PP2 - JAWAPAN SOALAN 4

SOALAN 4

Puan Marina, seorang usahawan muda, berkelulusan sarjana muda dalam bidang Perniagaan Tani daripada Universiti Putra Malaysia ingin menceburi bidang perniagaan pemprosesan kerepek keladi dan ubi kayu. Setelah mengadakan beberapa sesi menjana idea perniagaan, beberapa idea telah dikenalpasti dan dibuat saringan. Langkah beliau seterusnya ialah meneruskan perancangan pembangunan dan merealisasikan idea tersebut. Selain daripada itu, sebagai orang baru dalam dunia perniagaan beliau mengalami pelbagai kesulitan dan masalah untuk memulakan perniagaannya.

a)

Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan tiga masalah yang dihadapi oleh Puan Marina dan tiga bantuan yang boleh diperolehi olehnya dari agensi kerajaan dan swasta.

[12]

b)

Terangkan langkah dan aktiviti seterusnya dalam perancangan dan pembangunan merealisasikan idea mengenai pengeluaran kerepeknya bagi memenuhi citarasa pelanggan.

[8]

c)

Terangkan lima peranan Puan Marina dalam usaha mengembangkan perniagaannya.

[5]

Jawapan:

a)

Tiga masalah yg dihadapi Puan Marina

i. Mendapatkan pembiayaan/modal yg mencukupi

ii. Masalah utk memasarkan produk

iii. Mendapat tapak kilang yg strategik

iv. Khidmat nasihat dan rundingan dari pakar runding dan professional

v. Latihan pembangunan usahawan

(huraikan

Tiga bantuan yg boleh diperolehi:

i. Bantuan kewangan

· Diberi dlm bentuk wang, subsidi dan pinjaman utk membantu menyelesaikan masalah kewangan

· Badan berkanun – spt MARA, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan Perbadanan Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC)

· Swasta-seperti bank perdagangan

ii. Kemudahan prasarana dan premis perniagaan

· Meliputi kompleks perniagaan, pelbagai jenis bazaar, penyediaan ruang kilang dan tapak bangunan kilang

· Agensi kerajaan – spt Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)

· Badan berkanun – spt MARA dan UDA

iii. Khidmat nasihat dan rundingan

· Disediakan bagi memastikan usahawan memperlengaokan diri dgn ilmu pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dlm bidang perniagaan

· Bantuan khidmat nasihat dan rundingan yg diberikan merangkumi perundingan pengurusan, cara utk meningkatkan kualiti keluaran dan produktiviti organisasi

· Pihak2 yg memberi bantuan khidmat nasihat dan rundingan spt Pusat Pembangunan Usahawan (MEDEC), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), MARA, IPK (Inst. Pembangunan Usahawan) UUM

iv. Pembangunan Usahawan

· Kursus yg ditawarkan utk mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera di Malaysia

· Bentuk2 program yg dilaksanakan di bawah program pembangunan usahawan ialah Program Pembangunan Vondor, Program Mentor-Mentee, Program Pembangunan Francais, Program usahawan tulen dan program Latihan Keusahawanan

· Agensi yg memberikan bantuan –MARA, DPMM, Giat MARA, IKM dll

v. Pemasaran

· Membantu usahawan dlm memasarkan produk dalam/luar negeri melalui pelbagai saluran pasaran, promosi supaya dpt memperkenalkan produk

· Mengadakan pelbagai aktiviti pemasaran spt kursus, bengkel, seminar dan ekspo di merata tpt

· Agensi yg membantu – MITI, Syk Besta Distributors, FAMA, Perbadanan Kraftangan Malaysia, Pernas Edar, Guthrie Furniture

(hurai dan kaitkan jawapan dgn situasi)

b)

Proses merealisasikan idea dalam pembangunan produk

  1. Tahap Idea (tiada markah – kerana telah ada dalam soalan)
  2. Tahap konsep

§ Selepas idea produk baru dikenal pasti, idea itu akan dibangunkan melalui interaksi dgn pelanggan

§ Ia dilakukakn melalui temuduga dgn responden terpilih

§ Mereka akan didedahkan dgn kenyataan yg menggambarkan ciri2 dan sifat fizikal produk

§ Maklum balas dpd responden diperolehi dan dianalisis

§ Ciri2 yg digamari akan dimasukkan ked lm idea produk baru

  1. Tahap pembangunan produk

§ Dlm tahap ini, reaksi pengguna ttg produk fizikal ditentukan

§ Sekumpulan bakal penguna akan diberi contoh produk syk dan contoh produk pesaing

§ Pengguna akan menyimpan rekod penggunaan, membuat komen ttg kelebihan dan kelemahan produk tersebut serta membuat bandingan dengan produk pesaing

  1. Tahap ujian pemasaran

§ Ujian pasaran diadakan utk meningkatkan keyakinan terhadap kejayaan di peringkat pengkomersialan

§ Tahap penerimaan penguna diketahui melalui hasil sebenar jualan

§ Kejayaan boleh dikenalpasti sekiranya jualan adalah memuaskan kerana ia menunjukkan produk digemari penguna

  1. Tahap pengkomersialan

§ Setelah produk berjaya di tahap ujian penilaian pemasaran

§ Peringkat terakhir di mana jualan sebenar dilaksanakan

§ Proses memastikan produk berada dlm kitaran hayat lebih lama

c)

Lima peranan Puan Marina dlm mengambangkan perniagaan:

  1. Idea dan perancangan – meningkatkan produktiviti supaya pengguna menikmati produk yg berkualiti dgn harga berpatutan
  2. Merancang strategi – melalui idea, usahawan membuat perancangan utk memulakan perniagaan, pemasaran dan permodalan
  3. Mengembleng faktor pengeluaran – menggunakan faktor2 spt tanah, buruh, bahan mentah dan modal dpt diselaraskan dgn berkesan. Ini dpt mengelakkan pembaziran sumber
  4. Mengurus, mengeluar dan mengedar – keusahawanan membantu kea rah pengagihan barang yg lebih saksama danberkesan
  5. Menanggung risiko yg bakal dihadapi dlmpersaingan produk
  6. Meluaskan pasaran – mengadakan pelbagai promosi jualan, strategi pemasaran dll
  7. Mengadakan penyelidikan danpembangunan supaya dpt meningkatkan kualiti produk
  8. Memberi latihan kpd pekerja utk meningkatkan motivasi dan daya pengeluaran

Saturday, November 6, 2010

TRIAL PAHANG- PP2 - JAWAPAN SOALAN 3

SOALAN 3

a)

Merujuk kepada Akta Pekerjaan 1955 (Pind. 1980), huraikan empat hak pekerja yang mesti dipatuhi oleh majikan.

[12]

b)

Jelaskan empat jenis pelaporan pengurusan yang lazim diamalkan oleh pengurusan sesebuah organisasi perniagaan.

[8]

c)

Berikan lima penggunaan teknologi maklumat dalam aktiviti perniagaan masa kini.

[5]

Jawapan:

a) empat hak pekerja yang mesti dipatuhi oleh majikan.

  1. Gaji atau upah
  2. Kerja lebih masa
  3. Tempoh waktu bekerja
  4. Hari kelepasan umum
  5. Cuti tahunan
  6. Cuti sakit

(huraikan)

b) empat jenis pelaporan pengurusan

  1. Laporan bulanan
  2. Laporan suku tahun
  3. Laporan pertengahan tahun
  4. Laporan Tahunan

(huraikan)

c) lima penggunaan teknologi maklumat

  1. Laman Web Perniagaan – pemasaran produk
  2. E-mel perniagaan – pesanan, maklumbalas pelanggan, pertanyaan
  3. Pangkalan Data – simpanan rekod maklumat perniagaan
  4. Tele Sidang Video – menyuarat, perbincangan dalaman
  5. File Transfer Protocol – muat turun fail/perisian terkini/gambar2/berita akhbar dll

Thursday, November 4, 2010

JAWAPAN TRIAL PAHANG - PP2 (SOALAN 2)

SOALAN 2

Encik Shamsul berminat menceburi perniagaan pengeluaran minuman ringan setelah berhenti daripada jawatan pengarah di sebuah syarikat pengeluaran minuman ringan di kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan.

Bagi mengembangkan perniagaannya, Encik Shamsul telah bercadang untuk bergabung dengan syarikat pengeluar minuman ringan di Indonesia. Melalui pergabungan tersebut, beliau perlu memilih salah satu kaedah dalam perikatan strategic.

Dalam usaha merealisasikan impiannya, Encik Shamsul menyediakan satu rancangan perniagaan untuk dikemukakan kepada pihak berkepentingan bagi tujuan pembiayaan tambahan.

a)

Huraikan tiga cara bagaimana Encik Shamsul boleh mendapat pengetahuan tentang perniagaannya.

[6]

b)

  1. Terangkan maksud perikatan strategic secara ringkas dan berikan dua jenis kaedah perikatan strategic.
  2. Jelaskan tiga kebaikan dan tiga kelemahan perikatan strategic yang akan dijalankan oleh Encik Shamsul.

[9]

c)

Terdapat tiga beberapa elemen penting dalam rancangan perniagaan. Antaranya ialah perancangan organisasi. Terangkan cirri-ciri yang sepatutnya terkandung dalam perancangan organisasi.

[10]

Jawapan:

a) tiga cara bagaimana Encik Shamsul boleh mendapat pengetahuan tentang perniagaannya

i. menimba pengalaman dgn bekerja di bidang perniagaan yg berkaitan

ii. mendapat latihan, kursus, bengkel, seminar dll latihan pembangunan usahawan dr agensi kerajaan dan swasta.

iii. Melanjutkan pelajaran dlm bidang perniagaan

(kaitkan jawapan dgn kes)

b) i) Maksud perikatan strategik

Satu kerjasama atau gabungan dua atau lebih firma dlm tempoh tertentu, bertujuan mencapai objektif ekonomi iaitu mendpt keuntungan dgn lebih cepat dpd melakukannya bersendirian

Contoh :

- Usahasama

- Pemilikan bersama

- Pengeluaran secara kontrak

- Pengurusan secara kontrak

- Perlesenan

ii) Tiga kebaikan perikatan strategik

- Berkongsi teknologi

- Memperolehi kemahiran huraikan

- Berkongsi kepakaran

- Mengurangkan pesaing

iii) Tiga kelemahan perikatan strategik

- Kesukaran mencapai persetujuan

- Tiada t/jwb

- Kepercayaan huraikan

- Ketidakserasian antara pekongsi

c) Perancangan organisasi

Rancangan Pentadbiran/Organisasi

i. Pengenalan Organisasi

- Menerangkan misi dan objektif syk

ii. Carta Organisasi/Struktur

- Menggambarkan kumpulan pengurusan dan hierarki organisasi formal

- Menunjukkan fungsi utama jabatan2

- Digunakan bg tujuan penyelarasan antara bahagian, autoriti, tanggungjawab dan rantaian arahan

iii. Jadual Jawatan dan bilangan pekerja

- Senarai jawatan yg diperlukan dan jumlah pekerja yg ada

- Status pekerja sepenuh masa, kontrak/sambilan

iv. Jadual Huraian Tugas

- Menerangkan secara terperinci ttg tugas2 bg setiap jwt

- Butir-butir lengkap jawatan

v. Jadual Imbuhan balas jasa/insentif

- Ganjaran2 dan bentuk insentif kpd pekerja

- Cth: KWSP, PERKESO, Elaun perubatan, pengangkutan, penginapan dll

vi. Senarai keperluan Pejabat/ susun atur pejabat

- Menyenaraikan asset tetap dan barang keperluan pejabat spt perabot, alat pejabat, peralatan dll dlm pejabat

vii. Perbelanjaan Pentadbiran

- Menganggarkan kos terlibat dlm perbelanjaan pentadbiran, mengikut hari/bulanan spt gaji buruh, sewa pejabat, cukai, insurans dll

(KAITKAN DENGAN KES)

JAWAPAN TRIAL PAHANG - PP2 (SOALAN 1)

PP2– TRIAL PAHANG 2010

SOALAN 1

a)

Nyatakan empat hak berkanun penyewa mengikut Akta Sewa Beli 1967.

Jawapan:

  1. Dibekalkan dokumen dan maklumat
  2. Mendapat agihan pembayaran
  3. Memohon perintah pemindahan barang
  4. Menyerah hak barang kepada pihak lain
  5. Penyelesaian awal pinjaman
  6. Penamatan perjanjian

[2]

b)

Berikan tiga pihak yang menggunakan analisis nisbah kewangan.

Jawapan:

  1. Pemegang saham
  2. Pemberi kredit/pemiutang
  3. Pihak pengurusan

[1 ½]

c)

Jelaskan tiga faedah yang boleh diperolehi oleh seseorang usahawan jika beliau menyertai perniagaan francais.

Jawapan:

  1. Risiko rendah dibandingkan memulakan perniagaan yg belum terbukti berdaya maju
  2. Berpeluang memperdagangkan sesuatu produk/perkhidma-tan yg sudah terkenal jenama di kalangan pelanggan
  3. Terdapat panduan perniagaan yg lengkap bg seseorang usahawan memulakan perniagaan – usahawan boleh ceburi sesuatu bidang perniagaan walaupun tiada pengalaman memperniagakan produk/p’khidmatan
  4. Francaisi mendapat khidmat sokongan daripada francaisor. Francaisor mengajar francaisi cara2 mengurus dan memajukan perniagaan seperti cara menyediakan produk/p’khidmatan, cara melayan pelanggan, cara membungkus barangan dll.

[3]

d)

Nyatakan lima kelayakan yang perlu ada bagi seseorang yang ingin menyertai koperasi peringkat rendah.

Jawapan:

  1. Berumur 12 thn ke atas bg koperasi sekolah, 18 thn ke atas koperasi biasa
  2. Warganegara
  3. Bermastautin
  4. Siuman
  5. Tidak bangkrap/muflis
  6. Tidak disabit kesalahan jenayah./Kesalahan undang2

[2 ½]

e)

Terangkan tiga matlamat kerajaan memperkenalkan dasar penswastaan.

  1. Mengurangkan/meringankan beban kewangan kerajaan
  2. Meningkatkan kecekapan, daya dan mutu pengeluaran
  3. Mengagihkan sumber ekonomi secara cekap
  4. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
  5. Membercepatkan pencapaian objektif mewujudkan golongan usahawan dan peniaga bumuputera

[3]

f)

Berikan empat keaedah perlindungan perdagangan bukan tariff.

  1. Kuota
  2. Embargo
  3. Subsidi dan elaun pelaburan
  4. Kawalan pertukaran asing
  5. Piawai
  6. Polisi bekalan kerajaan
  7. Kempen membeli barangan tempatan

[2]

g)

Jelaskan tiga faktor mengapa organisasi perniagaan patut menyokong pelaksanaan tanggungjawab social.

  1. Membantu meningkatkan imej prganisasi perniagaan dlm jangka masa panjang
  2. Penglibatan dlm aktiviti amal akan meningkatkan keyakinan dan kepercayaan masy. terhadap niat baik perniagaan utk menyumbang kpd masy.
  3. Penghasilan ‘ keluaran hijau’ dlm j/masa panjang akan member kelebihan daya saing kpd perniagaan berbanding perniagaan lain
  4. Pelaksanaan t/jwb social dpr mengelakkan penguatkuasaan undang2 dan peraturan perniagaan yg terlalu ketat oleh pihak kerajaan
  5. Perniagaan yg melaksanakan t/jwb social akan mendpt pujian dpd masy.
  6. Masy awam sepatutnya member peluang kpd sector perniagaan/swasta utk menyelesaikan masalah social yg gagal diselesaikan pihak kerajaan/awam

[3]

h)

Perihalkan tiga peranan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia. (FOMCA).

  1. Menguatkan pembangunan pergerakan pengguna di Malaysia
  2. Menyelesaikan isu2 pengguna dan mempromosikan hak2 pengguna
  3. Menjadi badan penasihat kpd semua persatuan pengguna Malaysia
  4. Bekerjasama dgn kerajaan dlm menganjurkan aktiviti2 kepenggunaan
  5. Menjamin keadilan sosio-ekonomi dan kebersihan alam sekitar
  6. Memberi nasihat dan bimbingan kpd pengguna
  7. Berjuang utk pengguna menuntut hak, gantirugi dan perlindungan

[3]

i)

Jelaskan tiga kebaikan menggunakan e-dagang dalam proses komunikasi.

  1. Dpt meluaskan pasaran bg produk dan perkhidmatan secara global.
  2. Maklumat yg diberikan adalah dlm bentuk audio visual yg menarik lebih ramai pelanggan
  3. Dpt memasarkan barangan dan p’khidmatan lebih mudah dan cepat
  4. Mengelakkan dpd peraturan yg ketat dan kerenah birokrasi yg dikenakan oleh sesebuah Negara krn maklumat disebarkan menggunakan jaringan internet.

[3]

j)

Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan maksud “kebisingan” dalam proses komunikasi di sesebuah organisasi perniagaan.

Kebisingan – gangguan yg terbentuk dlm proses komunikasi yg lebih mirip kpd halangan fizikal

Contoh: bunyi bising kenderaan, bunyi guruh, petir, mikrofon bermasalah dll

[2]