Wednesday, October 20, 2010

PP2- TRIAL PAHANG 2010

PP2– TRIAL PAHANG 2010

SOALAN 1

a)

Nyatakan empat hak berkanun penyewa mengikut Akta Sewa Beli 1967.

[2]

b)

Berikan tiga pihak yang menggunakan analisis nisbah kewangan.

[1 ½]

c)

Jelaskan tiga faedah yang boleh diperolehi oleh seseorang usahawan jika beliau menyertai perniagaan francais.

[3]

d)

Nyatakan lima kelayakan yang perlu ada bagi seseorang yang ingin menyertai koperasi peringkat rendah.

[2 ½]

e)

Terangakn tiga matlamat kerajaan memperkenalkan dasar penswastaan.

[3]

f)

Berikan empat keaedah perlindungan perdagangan bukan tariff.

[2]

g)

Jelaskan tiga faktor mengapa organisasi perniagaan patut menyokong pelaksanaan tanggungjawab social.

[3]

h)

Perihalkan tiga peranan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia. (FOMCA).

[3]

i)

Jelaskan tiga kebaikan menggunakan e-dagang dalam proses komunikasi.

[3]

j)

  1. Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan maksud “kebisingan” dalam proses komunikasi di sesebuah organisasi perniagaan.

[2]

SOALAN 2

Encik Shamsul berminat menceburi perniagaan pengeluaran minuman ringan setelah berhenti daripada jawatan pengarah di sebuah syarikat pengeluaran minuman ringan di kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan.

Bagi mengembangkan perniagaannya, Encik Shamsul telah bercadang untuk bergabung dengan syarikat pengeluar minuman ringan di Indonesia. Melalui pergabungan tersebut, beliau perlu memilih salah satu kaedah dalam perikatan strategic.

Dalam usaha merealisasikan impiannya, Encik Shamsul menyediakan satu rancangan perniagaan untuk dikemukakan kepada pihak berkepentingan bagi tujuan pembiayaan tambahan.

a)

Huraikan tiga cara bagaimana Encik Shamsul boleh mendapat pengetahuan tentang perniagaannya.

[6]

b)

  1. Terangkan maksud perikatan strategic secara ringkas dan berikan dua jenis kaedah perikatan strategic.
  2. Jelaskan tiga kebaikan dan tiga kelemahan perikatan strategic yang akan dijalankan oleh Encik Shamsul.

[9]

c)

Terdapat tiga beberapa elemen penting dalam rancangan perniagaan. Antaranya ialah perancangan organisasi. Terangkan cirri-ciri yang sepatutnya terkandung dalam perancangan organisasi.

[10]

SOALAN 3

a)

Merujuk kepada Akta Pekerjaan 1955 (Pind. 1980), huraikan empat hak pekerja yang mesti dipatuhi oleh majikan.

[12]

b)

Jelaskan empat jenis pelaporan pengurusan yang lazim diamalkan oleh pengurusan sesebuah organisasi perniagaan.

[8]

c)

Berikan lima penggunaan teknologi maklumat dalam aktiviti perniagaan masa kini.

[5]

SOALAN 4

Puan Marina, seorang usahawan muda, berkelulusan sarjana muda dalam bidang Perniagaan Tani daripada Universiti Putra Malaysia ingin menceburi bidang perniagaan pemprosesan kerepek keladi dan ubi kayu. Setelah mengadakan beberapa sesi menjana idea perniagaan, beberapa idea telah dikenalpasti dan dibuat saringan. Langkah beliau seterusnya ialah meneruskan perancangan pembangunan dan merealisasikan idea tersebut. Selain daripada itu, sebagai orang baru dalam dunia perniagaan beliau mengalami pelbagai kesulitan dan masalah untuk memulakan perniagaannya.

a)

Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan tiga masalah yang dihadapi oleh Puan Marina dan tiga bantuan yang boleh diperolehi olehnya dari agensi kerajaan dan swasta.

[12]

b)

Terangkan langkah dan aktiviti seterusnya dalam perancangan dan pembangunan merealisasikan idea mengenai pengeluaran kerepeknya bagi memenuhi citarasa pelanggan.

[8]

c)

Terangkan lima peranan Puan Marina dalam usaha mengembangkan perniagaannya.

[5]

SOALAN 5

Koperasi Kedai Buku UMP Berhad, Majlis Perwakilan Pelajar UMP dan Syarikat Usaha Maju Pahang (UMP) Sdn. Bhd. adalah tiga entity yang berbeza.

a)

Terangkan perbezaan ketiga-tiganya dari aspek kawalan undang-undang, pengurusan pemasaran dan pengurusan kewanan

[9]

b)

Jelaskan langkah2 yang perlu dipatuhi oleh pelajar UMP untuk menubuhkan Majlis Perwakilan Pelajar UMP.

[10]

c)

Jelaskan dengan ringkas enam kelebihan yang dinikmati oleh pelajar UMP sekiranya menjadi ahli Koperasi Kedai Buku UMP Berhad.

[6]

SOALAN 6

Seorang usahawan dari Negara Jepun akan membuka kilang pembuatan kereta di Malaysia.

a)

  1. Jelaskan tiga cabaran yang akan dihadapi oleh usahawan tersebut dari aspek politik, ekonomi dan sosiobudaya.
  2. Terangkan lima risiko yang akan dihadapi oleh usahawan tersebut.

[9]

[10]

b)

Huraikan tiga objektif perlindungan perdagangan dalam pasaran domestic yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

[6]

SOALAN 7

Amri, seorang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah mendaftar di salah sebuah pusat tuisyen di Bandar berhampiran tempat tinggalnya.

a)

Jelaskan hak2 Amri sebagai seorang pelanggan di pusat tuisyen tersebut.

[10]

b)

Terangkan tiga peranan utama lembaga pengarah di dalam sesebuah perniagaan.

[6]

c)

Huraikan bagaimana faktor individu dan persekitaran boleh mendorong kepada berlakunya jenayah kolar putih.

[9]

SOALAN 8

Anda selaku pengurus pemasaran sebuah syarikat kosmetik merancang untuk membuat promosi tentang keluaran terbaharu kosmetik syarikat anda. Anda perlu membuat keputusan untuk memilih media massa yang sesuai untuk menyampaikan maklumat mengenai produk tersebut kepada orang ramai.

a)

Nyatakan empat jenis media massa yang sesuai bagi mempromosikan keluaran terbaharu syarikat anda dan sebab2 media tersebut dipilih.

[8]

b)

Berdasarkan gambarajah dan contoh yang sesuai, huraikan tiga bentuk komunikasi dalam sesebuah organisasi.

[9]

c)

Huraikan empat kelebihan komunikasi lisan dengan memberikan contoh yang sesuai.

[8]

Monday, October 18, 2010

PP1 - TRIAL KUANTAN, PAHANG

PP1 – TRIAL KUANTAN, PAHANG 2010

SOALAN 1

a)

Berikan enam faktor pengeluaran yg diperlukan sesebuah organisasi perniagaan apabila memulakan sesuatu jenis perniagaan.

[3]

b)

Terangkan maksud proses perniagaan.

[2]

c)

Berikan maksud kepimpinan did lm perspektif pengurusan organisasi.

[3]

d)

Terangkan tiga faedah kpd pengurus jika menggunakan carta Gantt sebagai alat dalam pengurusan.

[3]

e)

Terangkan secara ringkas dua kaedah pengurusan inventori.

[2]

f)

Berikan empat prinsip penting inovasi di dlm menyumbangkan proses pembuatan keputusan.

[2]

g)

Huraikan tiga jenis susun atur kilang yg boleh digunakan dlm sesebuah kilang.

[3]

h)

Terangkan tiga prinsip insurans yg diamalkan.

[3]

i)

Jelaskan kesan ketegangan kpd individu dr segi perubahan sikap.

[2]

j)

Mengapakah analisis tulang ikan dikenali sebagai sebab dan kesan?

[2]

SOALAN 2

a)

Program penilaian prestasi pekerja dijalankan oleh organisasi dari semasa ke semasa. Terangkan tujuan program tersebut.

[9]

b)

Terangkan empat kepentingan program latihan dan pembangunan.

[6]

c)

Terangkan perbezaan antara program latihan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi.

[10]

SOALAN 3

a)

Terangkan bagaimana persekitaran tugas yang berikut boleh mempengaruhi operasi perniagaan automatif di Malaysia.

i. Kerajaan

ii. Pembiaya dan kerajaan

iii. Pesaing

[9]

b)

Apakah perbezaan yg mungkin terdapat antara Kedai Runcit Jacky dgn Perniagaan Batik Ahmad dan Rakan-rakan.

[6]

c)

Satu cirri penting yg terdapat dlm perkhidmatan ialah individu yg terlibat dlm sector ini perlu mempunyai kemahiran yg berkaitan. Bincangkan bagaimana sector perkhidmatan di Malaysia boleh dianggap sebagai aktiviti yg penting.

[10]

SOALAN 4

a)

Zakwan dan Husna telah bersetuju utk memulakan sebuah perniagaan secara usahasama. Berasaskan perbincangan awal, mereka bersetuju membuka sebuah kilang air mineral. Untuk merealisasikannya secara berkesan, mereka haruslah merancangnya dgn baik. Nyatakan langkah2 perancangan berkesan yg harus dibuat oleh mereka.

[12]

b)

Jelaskan kepentingan perancangan supaya pengurus dpt mencapai kejayaan dlm menjalankan tugasnya.

[9]

c)

Nyatakan empat ciri matlamat yg baik di dlm penentuan matlamat semasa proses perancangan yg dilakukaan oleh pengurus organisasi.

[4]

SOALAN 5

a)

Terangkan peranan pengedaran dlm kegiatan pemasaran.

[10]

b)

Berdasarkan dua contoh yg sesuai bagi setiap satu, jelaskan dua bentuk konflik yg berkaitan dgn saluran pengagihan.

[10]

c)

Terangkan langkah2 dlm pengurusan saluran pengagihan.

[5]

SOALAN 6

a)

Jelaskan empat peranan pengurus kewangan dlm sesebuah firma syarikat awam.

[12]

b)

Berdasarkan gambar rajah grafik, jelaskan hubungkait fungsi jabatan kewangan dengan fungsi jabatan lain dlm sesebuah organisasi perniagaan yg sama serta hubungannya dgn organisasi luar yg lain.

[13]

SOALAN 7

a)

Ads4Bucks Network Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yg menjalankan perniagaan berasaskan penjualan mroduk portal pengiklanan. Matlamat perniagaan ini adalah utk mejadi seperti portal Facebook yg menjadi kegemaran ramai. Utk itu syarikat telah menyedia bbp insentif kpd pembeli pakej portal tersebut di mana portal Ads4Buck ini boleh digunakan seumur hidup sama fungsinya seperti portal Facebook. Utk menarik pengguna, Syarikat ini melancarkan promosi secara besar-besaran dgn menggunakan pesonaliti terkenal iaitu jutawan Internet, Irfan Khairi dan artis Dato’ Azizul Khamis. Berikut adalah maklumat yg diperolehi dari syk tersebut utk membuat keputusan.

Alternatif Keputusan

Jangkaan Keuntungan dlm keadaan ekonomi berkembang

Jangkaan Keuntungan dlm keadaan ekonomi meleset

Mengunakan personality jutawan Irfan Khairi

RM 1.4 juta

RM 800,000

Menggunakan personality artis Dato’ Azizul Khamis

RM 1.0 juta

RM 600,000

Tanpa menggunakan personality

RM 0

RM 0

Kebarangkalian

0.6

0.4

Kos promosi menggunakan personality jutawan adalah sebyk RM 100,000 manakala kos mengguna personality artis adalah sebanyak RM 50,000 dan membina pusat latihan Ads4Buck adalah sebyk RM 100,000 telah pun diambil kira.

i. Lukis rajah pokok keputusan berdasarkan keputusan Ads4Buck Network Sdn Bhd.

ii. Hitung jumlah kewangan bagi setiap pilihan keputusan.

iii. Nyatakan keputusan yg perlu diambil oleh syarikat tersebut.

[7]

b)

Huraikan dengan ringkas kepentingan lima kemahiran pengurusan bagi peringkat pengurusan atasan.

[5]

c)

“Pengurus yang baik boleh membentuk organisasi yg cemerlang.”

Bagaimana pengurus tersebut dpt mengaplikasikan tabii yg disarankan oleh Steven R. Covey, supaya dpt melahirkan pekerja2 yg cemerlang?

[13]

SOALAN 8

a)

Tanda2 ketegangan boleh dilihat dpd bbp aspek. Jelaskan apakah yg dimaksudkan dgn ketegangan dan bagaimana tanda2 ketegangan dpt dikenalpasti berdasarkan aspek2 berikut:

i. Gelagat

ii. Fisiologi

iii. Psikologi

iv. Kognitif

[5]

b)

Sebagai majikan, bincangkan tindakan yg wajar diambil bg menyelesaikan masalah ketegangan yg dihadapi pekerja.

[8]

c)

Bagaimana faktor kejayaan seimbang memberikan kecemerlangan dlm sesebuah organisasi perniagaan.

[12]