Wednesday, September 29, 2010

TRIAL STPM KEDAH 2010- P.PERNIAGAAN 2 (JAWAPAN)

1. a) hak berkenaan upah dan gaji

- hak terhadap rehat

- hak terhadap tempoh waktu kerja

- hak terhadap cuti umum/hari pelepasan

- hak terhadap kerja lebih masa

- hak terhadap cuti tahunan

- hak terhadap cuti sakit

(pilih mana-mana 4 x ½ m=2M). Semak 4 yang teratas sahaja.

b) - ketelusan, objektiviti dan kebebasan

- kerahsiaan ke atas maklumat yang diperolehi

- kemahiran dan kemampuan dalam menjalankan kerja-kerja audit

- mempunyai perancangan yang tersusun dalam menjalankan kerja-kerja audit

- memnuhi tuntutan undang-undang dan keperluan pihak tertentu

- mendapatkan rumusan audit dan alporan

( 6 fakta x ½ m )

c) i. Pihak bank/Institusi kewangan

- pembiayaan modal kerja

- overdraf

ii. Pihak kerajaan.

-agensi yang terlibat.

iii. Syarikat modal teroka.

iv. Pembekal

-kredit perdagangan

v. Penjualan saham

vi. Koperasi kredit.

(Fakta & huraian= 1m, fakta sahaja 0m, huraian shj 0m)

(Tiga teratas dari jawapan calon setiap satu satu markah mesti ayat yang lengkap.)

d) - memberi pendidikan koperasi dengan mengedarkan bahan cetak

- memberi latihan kepada pihak pengurusan koperasi

- dan memberi kursus kepada pihak pengurusan koperasi

(pilih mana-mana 2= mak 2 m)

e) - mendapat sumber lebih murah

- mengelakkan tarif dan kuota

- meningkatkan saiz pasaran

- mendapat pindahan teknologi

- memperolehi ekonomi bidangan

- meningkatkan kemahiran pengurusan

(pilih mana-mana 2 = mak 2m)

f) - menggalakkan sektor swasta untuk mengambil bahagian dalam membangunkan kawasan serantau meliputi Indonesia, Malaysia dan Negara Thai.

- mengekploit kelebihan daya saing dalam sektor ekonomi tertentu dan mempertingkatkan persaingan dalam bidang pelaburan dan eksport.

- mengurangkan kos logistik.

- mnegurangkan kos pengeluaran dan pengedaran di kawasan terlibat.

(pilih mana-mana 3 = mak 3m)

(g) (i) Perlaksanaan tanggungjawab sosial akan meningkatkan kos dan

menjejaskan keuntungan perniagaan.

(ii) Faedah tanggungjawab sosial dinikamati oleh masyarakat, bukan

perniagaan.

(iii) Tanggungjawab sosial adalah tanggungjawab kerajaan kerana

syarikat telah membayar cukai korporat.

(iv) Tanggungjawab sosial bukan matlamat perniagaan / perlaksanaannya akan mencabuli matlamat utama perniagaan untuk menmaksimumkan keuntungan.

(v) Perniagaan kurang kepakaran dalam melaksanakan tanggungjawab sosial.

(vi) Perniagaan kurang akauntabiliti / rasa tanggungjawab terhadap masyarakat awam.

[Pilih mana-mana 2 huraian yang pertama: 1 huraian 1m, 2 x 1m = 2m]

h) (i) Memberikan pendidikan kepenggunaan

(ii) Memberikan khidmat nasihat dan bantuan bagi menangani masalah kepenggunaan.

(iii) Menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan kepengunaan.

(iv) Membuat laporan tentang kajian dan penyelidikan.

(v) Menerima aduan daripada pengguna dan membuat siasatan

(vi) Memperjuangkan hak-hak pengguna.

[Pilih mana-mana 4 yang pertama: 4 x1/2 1m = 2m]

i) (i) Dapat meluaskan pasaran bagi produk dan perkhidmatan secara global.

(ii) Maklumat yang diberikan adalah dalam bentuk audio visual yang dapat menarik lebih ramai pelanggan.

(iii) Dapat memasarkan barangan dan perkhidmatan dengan lebih

mudah dan cepat.

(iv) Mengelakkan daripada peraturan yang ketat dan kerenah birokrasi yang dikenakan oleh sesebuah negara kerana maklumat disebarkan menggunakan jaringan internet.

[Pilih mana-mana 3 yang pertama: 3 x 1m = 3m]

j) (i) Fizikal

Perkara-perkara yang berkaitan dengan persekitaran iaitu seperti bunyi bising, deringan telefon, danlain-lain.

(ii) Psikologikal

Perkara-perkara yang berkaitan dengan emosi/ciri peribadi/tanggapan diri/pengalaman / pendidikan dan yang menganggu perasaan seperti marah, sedih.

Maks 2 m


2. a)

i) Meningkatkan taraf hidup

- peluang pekerjaan

- keperluan barangan & perkhidmatan/kepelbagaian

- kemudahan asas

- menambahbaik pendapatan

- pelaksanaan dasar kerajaan DPN

ii) Menyumbang untuk meningkatkan ekonomi negara

- memastikan pengwujudan produk dan perkhidmatan baru/ditawarkan kepada masyarakat

- kegiatan mengeksport barangan

- mewujudkan peluang pekerjaan

- membayar cukai

iii) Membangunkan industri sokongan.

- mewujudkan vendor-pertumbuhan masyarakat perdagangan & perindustrian bumiputra

- membangunkan IKS

(1 isi 1 markah-mak 3; 3x3=9)

b) i. Menggunakan jenama yang sudah terkenal.

ii. Imej yang baik.- nama baik dipercayai (goodwill)

iii. Berisiko rendah

iv. Mempercepatkan perkembangan perniagaan.-menambahkan

v. Faedah ekonomi bidangan

vi. Faedah kepada usahawan yang tidak berpengalaman.-pakej latihan dan promosi

vii. Franchaisor memberikan bantuan modal.(dr segi francaisor sebagai perujuk)

§ Memudahkan bank (peminjam)

viii.Meluaskan pasaran

(4 fakta + 4 huraian). Fokus kepada francaisi

c) - MATRADE

- Maklumat dan peluang-peluang pasaran eksport.

- kesesuaian pasaran.

- MARA

- prasarana dan premis perniagaan.

- khidmat nasihat dan perundingan

- KARYANEKA – kraftangan

- kedai

- pasaran eksport

- MARDI

- meningkatkan kualiti produk

- meningkatkan imej keluaran, perakuan MARDI.

- PUNB

- menggalakkan penyertaan bumiputra dalam sektor peruncitan(PROSPER)

- bantuan kewangan dan khidmat nasihat berkaitan pasaran.

- Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

- Kaedah:

. membeli produk yang dihasilkan

. menyediakan ruang pameran dan menganjurkan pameran.

. menyediakan premis perniagaan.

. menyediakan khidmat nasihat berkaitan pemasaran.

. Pusat dagangan utama (PDU)

- Konsep.

. konsep payung

Ambil mana-mana empat, badan kerajaan 1m, huraian 1m (4x2)


3 a) i- Laporan bulanan

- laporan yang disediakan untuk jangka masa pendek

- mengukur prestasi aktiviti pemasaran pada setiap bulan

- sebagai alat perbandingan dengan aktiviti pemasaran yang dirancang

ii- Laporan tahunan

- menilai pencapaian jabatan pemasaran dalam tempoh setahun

- pencapaian diukur berbanding perancanagn tahunan yang ditetapkan

- berdasarkan laporan pengurus pemasran dapat dikenalpasti langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dilakuakn pada tahun akan datang

iii. Laporan suku tahunan

- dibuat untuk tiga/enam bulan

- sebagai perbandingan dengan laporan pemasaran bagi suku tahun yang sama tahun sebelumnya

- untuk mengenalpasti adakah terdapat peningkatan atau penurunan dalam pencapaian aktiviti jabatan pemasaran

iv. Laporan kemajuan

v. Laporan pertengahan tahun

(fakta 1 m = huraian 1 m; 2m x 4 fakta=mak 8m)


b)

i

Nisbah Semasa

aset semasa

liabiliti semasa

27900

11000

=2.5:1 (2m)

ii

Nisbah Cepat

aset semasa – inventori

liabiliti semasa

27900-4250

11000

=2.2:1 (2m)

iii

Nisbah hutang

jumlah libiliti

jumlah aset

18600

43650

=0.426 or 42.6% (2m)

iv

Pusing ganti inventori

kos barang untuk dijual

inventori

11700

4250

=2.75:1 (2m)

v

Tempoh kutipan purata

akaun belum terima

jualan sehari

5400

24500/364

=79 hari

atau

5400

24500/365

=80 hari (2m)

( Pengiraan 1 m; jawapan 1 m = 2 m). Formula tiada markah.

Betul semua, bonus 1m Maks 11m

c) i. Pemegang saham – pihak yang membeli saham atau bakal membeli saham. (1m)

Kepentingan

· membuat keputusan sama ada membeli atau menjual saham

· melihat dari segi keuntungan dan risiko

(mana-mana satu @ 1 markah)

ii. Pemberi kredit / pemiutang – terdiri daripada peminjam jangka panjang seperti bank (1m)

kepentingan

· kemampuan syarikat membayar hutang

· melihat syarikat dapat mengurus kewangan dengan baik

(mana-mana satu fakta @ 1 markah)

iii. Pihak pengurusan – pihak yang mengurus syarikat. (1m)

kepentingan

· melihat tahap prestasi dan pencapaian syarikat agar tindakan pembetulan dapat dilakukan

· nisbah yang baik akan meyakinkan pihak luar membuat keputusan

(mana-mana satu fakta @ 1 markah)

Maksimum = 6 markah

4. a) i. Kaedah Kumpulan Fokus.

- 8 – 15 orang

- terdiri daripada pelbagai latarbelakang.

- menilai maklumat yang pelbagai

- digunakan untuk menapis idea

- terdapat pemudahcara.

- kritikan dibenarkan

- ahli bebas dalam memberikan idea.

ii. Kaedah Sumbangsaran.

- 8-15 orang

- boleh digunakan utk mendapatkan seberapa banyak idea.dan selesaikan

masalah.

- Kaedah dijalankan.

- Peraturan.

. pemudah cara.

. pusingan/giliran

. pencatat idea di atas kertas flip

. seberapa banyak idea yang mungkin.

. tidak boleh mengkritik idea orag lain.

. menggunakan bahasa yang asas

. memberikan motivasi kepada individu lain.

iii. Analisis kemahiran tenaga Manusia.

- menyediakan data-data yang berkaitan sumber manusia.

- pengklasan berdasarkan aspek tertentu./kemahiran

- menilai keupayaan setiap personel yang terlibat.

- menggunakan kebolehan/kepakaran mereka dalam membangunkan idea baru.

( 2 isi x 1 m =2m x 3, mak 6 m)

b) Proses merealisasikan idea

i. Tahap Idea.

- proses mencari seberapa banyak idea

- kaedah penyelidikan pemasaran.

ii. Tahap Konsep

- menapis idea yang diperolehi untuk mendapatkan idea yang boleh

dibangunkan.

- kaedah yang biasa digunakan spt kaedah berfikir

- kaedah penyelidikan pemasaran

- menambah idea jika idea difikirkan perlu

- produk secara fizikal belum wujud.

iii. Tahap Pembangunan produk

- produk dibangunkan secara fizikal

- tujuannya untuk mendapatkan respon pengguna

- melakukan ujian pemasaran

- penambahan dan pembuangan idea boleh dilaksanakan

iv. Tahap ujian pemasaran.

- tujuannya adalah bagi mencapai objektif yang ditetapkan spt:

. penguasaan pasaran utk tempoh tertentu

. keuntungan utk tempoh tertentu

. kuantiti utk tempoh tertentu.

- jikalau berjaya produk akan dikomersialkan jikalau tidak langkah pertama

akan diulang semula atau diberhentikan.

v. Tahap Pengkomersialan

- pemilihan strategi memulakan perniagaan.

Fakta 1m dan huraian 1m (5x2)

c) Tiga pihak yang memerlukan RP

i. Bank/pemberi pinjaman/pembiaya

- dapat meyakinkan pembiaya

- RP mestilah berkualiti, baik dan meyakinkan.

ii. Pembekal.

- menawarkan kredit kpd perniagaan.

- memberikan perkhidmatan yang berkualiti

- meningkatkan kepercayaan.

iii. Pekerja.

- maklumat yang diberikan dapat menarik minat calon-calon yang

Berkelayakan.

- membolehkan perniagaan berkembang dengan cepat.

- insentif

- peluang

iv. Pelanggan

v. pelabur

vi. usahawan

Pihak 1m, 1 huraian 1m, 2 huraian 2 markah. (3x3)

5 a)

Jenis (1)

Aktiviti/Huraian (1)

Belia

Melibatkan belia dalam aktiviti yang berfaedah kepada mereka dengan penglibatan aktif golongan tersebut seperti ternakan, pertanian dll

Kebajikan

Keahlian terdiri daripada sukarelawan yang bergiat cergas membuat amal dan memberi sumbangan kepada golongan tertentu yang perlukan bantuan seperti kutipan derma mangsa rebut

Kebudayaan

Keahlian tertumpu kepada golongan yang berminat dalam kebudayaan. Kegiatan utamanya adalah mempromosikan aktiviti kebudayaan seperti tarian tradisional, teater, silat dll

Pendidikan

Aktiviti utama adalah berkaitan dengan pendidikan. Mengadakan ceramah motivasi dan mengadakan kelas-kelas bimbingan, memberi nasihat kepada ahli-ahlinya berkaitan pendidikan.

Sukan

Menggalakkan jenis sukan tertentu dalam kalangan ahli. Aktiviti sukan menjadi agenda utama dari segi latihan, penganjuran pertandingan dll

Pekerjaan/profession

Diwujudkan berasaskan pekerjaan. Keahlian terdiri daripada individu yang mempunyai kerjaya yang sama atau mempunyai kaitan rapat. Aktiviti seperti kursus professional, dialog, bengkel, seminar dll.

Sosial dan rekreasi

Kegiatan utamanya adalah menganjurkan aktiviti rekreasi seperti memanjat gunung, berkayak, mengembara dll

Agama

Tumpuan diberikan kepada kegiatan keagamaan yang ditujukan khas untuk ahli dan amnya kepada masyarakat yang menanuti agama berkenaan seperti ceramah agama, kursus haji dll

Wanita

Ahli pertubuhan hanya untuk kaum wanita sahaja. Aktiviti yang dijalankan adalah berkaitan dan untuk kepentingan wanita sahaja seperti menjahit, memasak, kesihatan dll

Perdagangan/

Kepenggunaan

Aktiviti yang berkaitan dengan kepenggunaan seperti menanggani isu kenaikan harga barang

(pilih mana-mana 5 = 5 x 2m)

b) - Semua ahli boleh terlibat dengan sebarang aktiviti yang dijalankan oleh kelab.

- hanya membayar yuran keahlian kelab.

- boleh melakukan berbagai-bagai aktiviti

- proses penubuhan lebih mudah dan cepat

- mengutamakan kepentingan kumpulan dan masyarakat lebih daripada individu

- mempunyai matlamat yang dikongsi bersama

- pengurusan secara demokrasi

- tidak mementingkan keuntungan kewangan tetapi pentingkan isu yang dibentangkan.

(pilih mana-mana 4 = 4 x 2m)

c) Persamaa antara koperasi dengan kelab

- keanggotaan secara sukarela

- pengurusan secara demokrasi

- menggalakkan kerjasama dikalangan ahli

- menggalakkan pendidikan dan latihan daya saing

- sumber kewangan dari yuran ahli

- mempunyai matlamat yang dikongsi bersama.

- mempunyai isu-isu yang dikongsi bersama

- Kebajikan ahli

(Pilih mana-mana 7)

6 a) Surat Kredit

-dikeluarkan oleh bank pengimport kepada pengeksport [1]

-ia merupakan jaminan pihak bank pengimport kepada

pengeksport bahawa pihak bank pengimport bertanggungjawab

membayar harga barangan yang diekport oleh pengekport kepada

pengimport. [2]

-pengeksport perlu sediakan dokumen spt bil muatan, polisi insuran,

dan invois untuk dikemukakan.[1]

-mengelakkan risiko pengimport tidak membayar.[1]

[mak 4 m]

b) - Struktur dan tingkat pembangunan yang berbeza di antara negara, contoh negara maju dengan negara membangun.

- Struktur iklim dan ekonomi yang hampir sama di setiap negara boleh mewujudkan keperluan dan sumber yang sama di setiap negara, tidak memerlukan perdagangan antarabangsa dilakukan.

- Dasar perlindungan kepentingan nasional seperti kawalan dan sekatan import barangan.

- Hubungan diplomatik

- ekonomi( ayat lengkap 2 m)

(ambil semua)

c) i) Maksud promosi pelaburan

- suatu tindakan untuk menarik pelabur membuat pelaburan ke sesebuah negara.[1]

- pelabur yang terlibat ialah pelabur asing dan tempatan yang melabur modal, kepakaran dan teknologi khususnya pelabur asing.[2] mak[3]

ii) 4 bentuk promosi pelaburan

1. Taraf perintis[1]

o Kerajaan akan mengecualikan cukai keuntungan kepada

Pelabur baru di antara dua hingga lima tahun[1]

§ Boleh menggalakan pelaburan luar akan datang ke Malaysia untuk melaburkan modal di dalam negara[1]

o Taraf perintis akan dilanjutkan selama satu tahun jika pelaburan dibuat di kawasan pembangunan kerajaan, menggunakan sumber tempatan dan mengeluarkan barangan yang diutamakan oleh kerajaan.[1]

2. Galakan penempatan[1]

· Menggalakan taburan industri di seluruh negara[1]

· Pengecualian cukai selama sepuluh tahun bagi industri yang dibuka di kawasan-kawasan pembangunan[1]

· Contoh kawasan pembangunan di negeri Kedah, Pahang, Kelantan, Perlis, sabah, sarawak, Terengganu dan Johor Tenggara[1]

3. Kredit cukai pelaburan[1]

· Diberikan kepada syarikat yang tidak layak mendapat faedah taraf perintis[1]

· Jumlah kredit bergantung pada nilai perbelanjaan modal, iaitu tidak kurang daripada 25%.[1]

· Tambahan potongan diberi sebanyak 5% jika terletak di kawasan perdagangan dengan mengeluarkan barangan yang diutamakan dan menggunakan barangan tempatan.[1]

4. Galakan eksport[1]

· Elaun eksport sebanyak lima sen diberi setiap ringgit pertambahan dalm eksport dan lapan sen setiap ringgit penggunaan bahan mentah yang melebihi 50%.[1]

· Diberi elaun susut nilai yang dipercepatkan, iaitu mempercepatkan kadar susut nilai bagi belanja modal dengan menggunakan teknik-teknik pengeluaran dan mendirikan kilangmenggunakan teknologi moden.[1]

· Elaun ini dipercepatkan sehingga 40% setahun dan mengurangkan cukai yang perlu dibayar.[1]

· Potongan untuk memajukan eksport. Potongan ke atas perbelanjaan diberi kepada syarikatbyang telah habis tempoh keistimewaan taraf perintis.[1]

5. Galakan perhotelan[1]

6. Galakan khas industri elektronik[1]

7. Galakan khas perusahaan pertanian[1]

8. Insentif penggunaan air dan elektrik[1]

Mengurangkan kadar pembayaran apabila mencapai satu kadar yang telah ditetapkan[1]

Mana-mana 4 (fakta 1m, H 2m)

[mak 15]

7. (a) Sebab wujudnya gerakan pengguna

(i) Ketidak adilan dan ketidak puasan pengguna

· Pengguna selalu ditindas

· Penipuan dan penyelewengan oleh pengeluar

· Pengeluar terlalu pentingkan keuntungan maksimum

(Mana-mana 2 isi)

(ii) Pencabulan hak-hak pengguna

· Mendapat barang keperluan

· Mendapat barang yang selamat

· Mendapat maklumat

· Mendapat barang asas

· Mendapat pampasan

· Memilih

· Mendapat alam sekitar yang bersih

(Mana-mana 3 isi)

Mak 5 m

(b) Etika peniaga kepada

(i) pelanggan:

(i) menyesuaikan barangan dengan perubahan citarasa pelanggan.

(ii) menyampaikan barangan kepada pelanggan tepat pada masa / kualiti / kuantiti/ tempat yang sesuai.

(iii) memberi maklumat penuh / label tentang barangan.

(iv) tidak menyorok barang untuk tujuan keuntungan.

(v) bersikap profesional dalam tindakannya terhadap pelanggan.

(vi) menawarkan barang pada harga yang berpatutan.

(vii) menawarkan barang / perkhidmatan yang selamat kepada pelanggan.

(viii) kaedah pemasaran / promosi / pengiklanan / pembungkusan yang jujur.

(ix) membina kepakaran dalam bidang perniagaannya supaya boleh menjadi tempat rujuk pelanggan.

[Pilih mana-mana 5 huraian, 1 huraian 1m, 5 x 1m = 5m]

(ii) Pekerja

(i) Mewujudkan tempat kerja yang kondusif dan selamat

(ii) Menjaga kebajikan pekerja

(iii) Bersikap adil dalam pengambilan pekerja, penilaian prestasi.

(iv) Mengambil kira idea dan pandangan pekerja

(v) Membayar upah dan gaji yang setimpal

(vi) Memelihara kepentingan setiap pekerja selaras dengan tenaga yang disumbangkan.

(vii) Ganti rugi dan jaminan kerja yang mencukupi perlu diberi apabila pekerja berhenti.

(viii) Peniaga perlu mewujudkan satu situasi kerja yang boleh meningkatkan keupayaan kerja seperti hubungan mesra dan persekitaran kerja yang selesa

(ix) Peniaga perlu mengadakan sistem penyertaan atau kerja berpasukan untuk meningkatkan keupayaan, kemahiran dan daya cipta kepada semua pekerja.

[Pilih mana-mana 5 huraian, 1 huraian 1m, 5 x 1m = 5m]

Maks 10m

(c) Lima jenis jenayah kolar putih

(i) Rasuah

· Menerima @ memberi suapan dengan niat untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu

(ii) Penyelewengan

· Menggelapkan harta atau memberikan atau mengambil harta kepada yang bukan haknya atau tembelang perbuatan yang diketahui boleh mendatangkan keuntungan yang ia bertanggungjawab.

(iii) Pecah amanah

· Penyalahgunaan harta yang telah diamanahkan untuk kepentingan diri.

(iv) Konflik kepentingan

· Mendahului atau mengutamakan kepentingan peribadi berbanding kepentingan syarikat.

(v) Penyalahgunaan kuasa

· Menggunakan kedudukan jawatan untuk memenuhi keperluan peribadi.

[Fakta 1m, 1 huraian 1m, 5 x 2m = 10m]


8. (a) Bentuk-bentuk komunikasi

1. Komunikasi Menegak


Pengarah Urusan

komunikasi

Menegak dari Komunikasi menegak dr

Bawak ke atas atas ke bawah

Pengurus Cawangan Kulim

Ketua Jabatan

· `Rajah (1)

· Berlaku antara peringkat-peringkat yang berbeza/berlainan

· Komunikasi 2 hala

· Objektif – menggalakkan interaksi/motivasi dan mendapatkan maklumat

[Maks 4 markah]

2. Komunikasi mendatar

Pengurus Cawangan Kulim


· rajah komunikasi mendatar

· Berlaku antara sama taraf jawatan/bahagian/unit yang sama

· Suatu kaedah menyelesaikan masalah secara berkumpulan

· Objektif- menyelaraskan kerja atau menyelesaikan masalah secara menyeluruh/bahagian

[ Maks 4 markah]

3. Komunikasi Melintang


· rajah komunikasi melintang

· Berlaku secara tidak formal sahaja

· Objektif – kurangkan birokrasi, menjimatkan masa dan interaksi social

[Maks 4 markah]

[Maksima 12 markah]

(b) Tiga media yang boleh digunakan

· E-mail – merupakan mesej atau surat yang dihantar menerusi kaedah elektronik menggunakan talian telefon atau internet.

· Faksimili – penghantaran gambar, dokumen bertulis atau teks dari satu lokasi ke lokasi lain menggunakan talian telefon.

· Mel suara – gabungan telefon dan komputer di mana dua pihak boleh berhubung antara satu sama lain. Penghantaran mesej adalah dalam bentuk suara.

· Telesidang – kaedah elektronik yang membolehkan seorang atau lebih individu berhubung secara bersemuka dengan pihak lain ditempat yang jauh. Ia boleh terdiri daripada kaedah video sidang, komputer sidang atau audio sidang.

· Telefon – perbualan lisan menerusi gagang telefon atau telefon bimbit atau huraian yang bersesuaian.

[Pilih mana-mana 3, semak first 3]

[Fakta = 1m + Huraian 1m]

(c) Prinsip-Prinsip Perundingan

(i) Responsif

· Bermaksud tindak balas secara rasional semasa perundingan diadakan.

· Menunjukkan sifat jujur dan ikhlas

· Perlu menyatakan kepentingan pinjaman tersebut kepada perniagaan

· Perlu membuktikan keupayaan membayar balik dengan memberi bukti yang menyakinkan

· Menyakinkan rekod perniagaan atau keputusan analisis perniagaan yang telah dijalankan.

(ii) Bersopan

· Merupakanadab/prosedur/tatacara bagaimana sepatutnya perundingan dijalankan.

· Perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak bank.

· Mewujudkan sikap saling menghormati antara pemohon pinjaman dengan pihak bank.

· Suasana yang harmoni dapat mengurangkan kekecewaan jika pinjaman di tolak

· Perlu mengambil kira sosio budaya, situasi dsb.

(iii) Saling Membantu

· Saling memahami antara satu sama lain.

· Berusaha mencari penyelesaian terbaik yang boleh diterima oleh kedua belah pihak.

· Mempunyai sikap bertolak ansur

· Sikap saling membantu dapat mengekalkan hubungan yang baik

dengan pihak bank.

[Fakta 1m, 1 huraian 1m; 3 X 2= 6m.]

Jika betul semua, bonus 1m